Thursday, 11 January 2024

Peraduan Aiken CNY @ Guardian / Nationwide

 Assalamualaikum wbt.. 


Jom check another contest gaisss!


Peraduan Aiken CNY @ Guardian




Aiken CNY @ Guardian Contest

Retailer : Guardian

Contest Period : 27/12/2023-27/2/2024

Product to purchase : Any Aiken or Eversoft products worth RM20 and above in a single sales receipt

Kindly submit online via
https://bit.ly/AikenCNYGuardianDec23


Peraduan Aiken & Eversoft Nationwide



PERADUAN SHOP & FLY EVERSOFT/AIKEN

TEMPOH: 1 JAN - 25 FEB 2024

POP: Beli produk Eversoft dan/atau Aiken bernilai RM18 dan ke atas dalam 1 resit.


WhatsApp gambar resit beserta nama penuh dan nombor IC ke

https://wa.me/message/JWEFPTURTB42E1?src=qr

T&C: https://tinyurl.com/3bmkbbvf


Boleh check dkt link yg sis dah share.. 


~ynar~

Monday, 8 January 2024

Peraduan Ajinomoto ~ Roaring Fortune Year of The Dragon Ajinomoto x @Le Creuset Malaysia Contest

 

Assalamualaikum gaisss!! 

Todayyyy... 

Sis masih sharing contest alphabet A.. 

Let's check out.. 


Peraduan Ajinomoto ~ 

Roaring Fortune Year of The Dragon Ajinomoto x @Le Creuset Malaysia Contest







is here! 😁

Stand a chance to win exclusive Le Creuset Cookware and TnG e-credit

worth up to RM38,888!!!🍲💰🥘

How to Join:

1. Purchase a minimum of RM15 worth of any Ajinomoto products in a single receipt

2. Send a photo of the receipt and send your details (Full Name & I/C Number) via Whatsapp to +6019-2209950

Join Now! You might be one of our lucky winners!
😉



Nota kaki : Ada gandaan, maksudnya anda beli RM30 akan dapat 2 penyertaan, 

dan seterusnya..Tapi tak dinyatakan limit. 

Elakkan pembelian RM14.99, sudah dinyatakan di TnC.

Ada hadiah segera, voucher shopee RM50 utk pembelian di Le Creuset. 

Harga paling murah RM75 dan paling mahal RM2880, so peminat fanatic LC join 

la cepat.. dapat jimat RM50 tu..


Ok, anda nak lagi info contest??

Ataupun korang ada info, boleh la kongsi dgn sis.. 

 ~ynar~




Sunday, 7 January 2024

Peraduan Antabax Guardian, TF-Value Mart & Aeon

 

Assalamualaikum wbt.. 


Selalu sis share pasal kemenangan sahaja kan.. 

Kali ini nak tukar style sikit, share pasal peraduan yang sedang berjalan..

Kebanyakkan peraduan yang melibatkan pembelian di pasaraya, kedai-kedai terpilih

farmasi, online shopping seperti Shoppee, Lazada dan etc.


Harap semua pengunjung dan pembaca dapat maklumat @ info yang dikehendaki..  

Jika ada sebarang masalah, keraguan atau kemusykilan boleh rujuk penaja 

atau penganjur yang lebih arif dalam hal berkaitan. 


Sis akan kongsi peraduan mengikut alphabet.. 

Sis cuba ya.. 😀


Antabax - Aeon, Aeon Wellness, AeonBig, AeonMaxvalue



Don’t miss out on winning a 𝐠𝐨𝐥𝐝 𝐛𝐚𝐫 when you 𝐒𝐏𝐄𝐍𝐃 & 𝐖𝐈𝐍 with Antabax!

𝐇𝐞𝐫𝐞’𝐬 𝐡𝐨𝐰 𝐭𝐨 𝐣𝐨𝐢𝐧:
𝐒𝐭𝐞𝐩 𝟏: Buy Antabax products worth RM28 in a single receipt.
𝐒𝐭𝐞𝐩 𝟐: WhatsApp the receipt and your details (full name & NRIC number) to 017-412 0107.
𝐒𝐭𝐞𝐩 𝟑: Answer a simple question.

Three (3) winners will be chosen. Shop now at participating AEON group stores near you or myAEON2go at https://bit.ly/AeonCNY


Antabax - Guardian



Don’t miss out on winning a 𝐠𝐨𝐥𝐝 𝐛𝐚𝐫 when you 𝐒𝐏𝐄𝐍𝐃 & 𝐖𝐈𝐍 with Antabax!

𝐇𝐞𝐫𝐞’𝐬 𝐡𝐨𝐰 𝐭𝐨 𝐣𝐨𝐢𝐧:
𝐒𝐭𝐞𝐩 𝟏: Buy Antabax products worth RM28 in a single receipt.
𝐒𝐭𝐞𝐩 𝟐: WhatsApp the receipt and your details (full name & NRIC number) to 017-412 0107.
𝐒𝐭𝐞𝐩 𝟑: Answer a simple question.

Three (3) winners will be chosen. Shop now at a Guardian store near you or Guardian Online at https://bit.ly/CNYGuardian


Antabax - TF Value Mart



Don’t miss out on winning a 𝐠𝐨𝐥𝐝 𝐛𝐚𝐫 when you 𝐒𝐏𝐄𝐍𝐃 & 𝐖𝐈𝐍 with Antabax!

𝐇𝐞𝐫𝐞’𝐬 𝐡𝐨𝐰 𝐭𝐨 𝐣𝐨𝐢𝐧:
𝐒𝐭𝐞𝐩 𝟏: Buy Antabax products worth RM28 in a single receipt.
𝐒𝐭𝐞𝐩 𝟐: WhatsApp the receipt and your details (full name & NRIC number) to 017-412 0107.
𝐒𝐭𝐞𝐩 𝟑: Answer a simple question.

Three (3) winners will be chosen. Shop now at a TF Value-Mart near you!


Untuk Terma & Syarat @ TnC boleh klik Linktree Antabax.


Musykil adakah hadiah dia 3 pemenang untuk setiap outlet, so total 9 Gold Bar atau  

1 pemenang untuk setiap outlet, so total 3 Gold Bar sahaja.


Ok, itu sahaja untuk post kali ini. 

Next kita cari peraduan untuk alphabet B.. 


~ynar~


Sunday, 24 December 2023

Selamat Tinggal 2023.. Selamat Datang 2024

 Assalamualaikum wbt.. 


3 tahun tak menulis di blog.. rasa kekok dan janggal.. sis ada je.. cuma ntahlah... 

Roh menulis seakan pergi jauh2.. tapi sis aktif je di FB, IG..  


Macam2 cerita kalau boleh nak share.. 


2020

Covid & PKP

Kehilangan 4 org ahli keluarga dalam masa 4 bulan..

A.ipar 2 org, kakak ipar dan ayah sis..

Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi..


2021

Suami sis dijangkiti kuman di bahagian tapak kaki, admit wad selama 18 hari 

dan sebahagian tapak  kakinya telah dibuang sebab bernanah.. 

Suami ada kencing manis yang tak terkawal.

Masa ni sis takut sangat kakinya akan dipotong.. sebab arwah mak mentua, 

arwah a.ipar 2 orang semuanya ada kencing manis dan pernah ada sejarah potong kaki.. 

Alhamdulillah, Allah mendengar doa kami.. cuma sebahagian tapak kaki di buang..


2022

Berhenti kerja di Klang, kembali ke Sekinchan..

Hari last day keje, anak sis accident dan patah tangan..

Menjadi suri rumah, mak supir.. appoinment ulang alik hospital 

di Klang & Tanjong Karang.. 

Oktober 2022, sis bekerja semula di F&N disributor.. as a clerk..

Duit EPF 10k dah habis, kena la keje semula dikkk oiii... 

 Hutang melambak nak bayar.. 

Ikut perancangan, suami balik kampung nak buat bisnes kayu..

Tapi, Allah sebaik-baik perancang.. 

Jadilah penjual di shopee.. 

#3littleIzz

Alhamdulillah.. syukur dgn rezeki yang ada..


2023

Walaupun hidup kami tak mewah, Alhamdulillah syukur sangat2..

Belanja makan pakai semua cukup hingga kini.. 

Suami dapat bantuan zakat bulanan dan sewa rumah.. 

Rezeki dari masuk peraduan pun Alhamdulillah.. 

Hasil jualan barang2 peraduan memang membantu meneruskan kehidupan.. 

2 buah Ipad & 1 Ipod, jual ansuran.. dpt beli laptop second.. 

Aircond, Fitbit, Gaming chair dan lain2.. 

Ada yg jual kat Marketplace, ada yg kat shopee.. 

Memang membantu sangat2 di kala kami kekeringan.. 

Kalau makan gaji shj, mmg negatif terus lepas bayar komitmen.. 


2024

Akan menjelang dalam 7 hari lagi.. 

Apa yang sis harapkan, semoga kehidupan kami sekeluarga diberkati 

Allah dunia dan Akhirat. 

Risau mendengar keadaan dunia sekarang..

Ada masanya masih lalai dengan duniawi.. 

Sedangkan tanda akhir zaman sudah byk terbukti..

Ya Allah, rahmati kami dan jadikanlah kami insan yang mati dalam husnul khatimah.. 


Semoga pembaca semua juga sentiasa dalam lindungan Allah swt.. 

Hingga ketemu lagi dalam next entry.. 

Yang tak pasti bila akan di publish.. 😁


~ Sis YNAR ~




Wednesday, 14 October 2020

~ Rezeki Dari Peraduan | Julai 2019 ~

 Assalamualaikum wbt... 


Walaupun dah lepas setahun cerita ni, tak kira, sis nak citer jugak.. Inilah namanya kenangan di hari tua.. Yela, tahun depan dah masuk siri ke 40.. ntah panjang umur ke tak? Nanti boleh anak-anak tengok.. 

Ok, ajommm... 


MyChef'S
Dapat jajan macam dalam gambar tu!



FB Essano


Clay Masque


Mydebit Aeon Big
Alhamdulillah, dapat gift card RM500
Menang 1st round 
Cuba juga untuk nama suami, tapi kecundang..



Alhamdulillah...
Jimat belanja rumah.. 



FB Frontier



Nama sendiri menang menang minyak RM100..
Jimat duit minyak..



Nama suami menang voucher KFC.. 



FB Glade
Upload gambar balik kampung..



Glade plugins car.. 
Sampai sekarang ada satu lagi.. 



FB Hwa Tai..



Dapat hamper Hwa Tai.. 
Adik pergi collect kat Balakong..



Peraduan Kizz Offline



Alhamdulillah, dapat hamper barangan Kizz RM50



Peraduan Beli Gula CSR x Econsave
Ada kisah masa nak pergi beli gula ni kat Econsave..
Antar wasap pun last day..



Kemenangan pertama dapat gadjet iaitu tablet..
Tapi tuah nama suami..
Nama sis tak lekat..
Apa-apa pun Syukur Alhamdulillah... 






Alhamdulillah sekali lagi...


Alhamdulillah atas rezeki dari yang Maha Esa.. 


~ynar~

Thursday, 24 September 2020

~ Alfi Berkhatan | Anak Bujang Sorang ~

Assalamualaikum wbt...

Dah nak setahun punya citer baru nak karang... Kalau ikut malas nak up story, tapi anak bujang sorang kan, simpan la sini buat kenangan.. Kot nanti anak2 dah besar nak tengok.. harap2 blog ni ada lagi la.. 😉

First, sis nampak info dekat page Rantau Panjang, lebih tepat Masjid Ahmadi Rantau Panjang, Klang pasal program sunat. Masa tu awal bulan 11, dan program sunat tu awal cuti sekolah 2019. Terus wasap no yang diberi dan orang tu suruh amik borang dekat masjid. Urusan tu diserahkan kat ayahnya... Takkan mak pulak nak jumpa orang masjid khannnn... 

Setel borang dan bayaran, RM70 untuk seorang.. ada program dari pagi untuk meraikan anak dan sunatnya sebelah petang di klinik dekat tempat sis kerja. Kira kita kena pergi sendiri ikut jadual yang telah ditetapkan. 

So, marilah menatap kenangan yang hampir setahun berlalu..

Majlis Berkhatan Izz Muhammad Alfi Iqmal Bin Md Rizal..







Ni semua gambar belah pagi sebelum sunat petangnya... 
Oh lupa, Alfi masa ni umur 10 tahun.. mula2 mak nyer takut nak sunatkan.. macam awal sangat.. tapi last2 mak yer yang over nak sunat, sbb semua sepupu2 dia sepakat bersunat tahun 2019.. mak pun hover, tak nak ketinggalan.. 

Masa bersunat tak dan plak nak amik gambar kenangan.. Alfi tak nangis pun masa sunat tu, dia kata la.. sebab mak ayah tak boleh masuk pun... Alfi pun tak bagi amik gambar sangat.. marah betul dia.. 2 minggu juga proses dia nak baik sepenuhnya..


 

Adalah sekeping gambar anak laki sorang ni masa bersunat.. gambar yang sensored ada la.. 😁 disebabkan ada kepingan air bisa kat bird Alfi, sis siap beli kolam air yang besar untuk dia berendam bagi senang lekang "keruping" yang melekat kat tempat sunat tu... 

Lepas 2@3 minggu lepas tu, baru buat kenduri doa selamat untuk Alfi.. join venture dengan adik ipar nikah. Kira 2 majlis jalan serentak la.. 


  

  





Sekitar majlis akad nikah adik dan doa selamat untuk Alfi.. sis buat pulut kuning dengan kari ayam untuk bontrot. Makan dekat rumah kakak ipar tu buat nasi lemak dan kuih muih ada yang sponsor dan ada sis tempah. Alhamdulillah, settle da sunat anak laki sis yang sorang ni.. 

Itulah cerita yang hampir 1 tahun lepas.. hadoi... gambar pun dah jenuh nak carik dalam photo drive.. 

~ynar~

Monday, 6 July 2020

~ Bila Entah Nak Publish Entry Tertangguh ~

Assalamualaikum wbt...

Pembuka kata semanis bahasa...

Bersiaran cuma nak pastikan skill menulis masih ada...
Kah kah kah... 😂😂😂😂😂

InsyaAllah, nak aktif semula kat blog.. 
Kita tunggu la je la bila roh tu muncul semula..

Akhir kata, cukup setakat ini sahaja...

~ynar~

Peraduan Aiken CNY @ Guardian / Nationwide

 Assalamualaikum wbt..  Jom check another contest gaisss! Peraduan Aiken CNY @ Guardian Aiken CNY @ Guardian Contest Retailer : Guardian Con...