Wednesday, 15 March 2017

~ Izz Aina Khadeeja Turns 1 | Izz Azzalea Turns 8 ~

Assalamualaikum wbt...

Ya Allah, memang cepat betul masa berlalu..
Aina dah pun setahun minggu lepas yakni 3/3/17...
Setahun baru nak sunat..kat klinik jer pun..
Tangguh2 punya pasal...
Dah cucuk setahun pun 6/3/17...
*ada hadiah sempena setahun - kisah sedih*
*next entry kita kasi story*

Aina ni perkembangan dia lebih cepat banding kakak dgn abang..
Cara dia merangkak pun lain, bukan normal punya step..
Satu kaki tolak, satu kaki seret jer..
Tak sempat masuk walker pun...
Just belikan learning walker yang jenis tolak..
Itupun sekejap jer main..
Pastu 10 bulan dah berjalan..
Bila setahun dah expert, sampai kasut pun tak dan nak beli...
Gigi sekarang da 8 batang..
Setiap orang kan berbeza Allah ciptakan...
Ape2 pun Alhamdulillah...

So, disebabkan bulan 3 ni ada dua kejadian a.k.a birthday celebration..
Jadi mak yang tak berapa nak ada budget pun mem"planning" buat makan kecil-kecilan jer..
Buat sekali untuk dua orang anak perempuan yang I ada..hik hik..
Izz Aina Khadeeja (3/3) dan Izz Azzalea (11/3)..

Untuk Aina, mak dah niat masak pulut kuning..
So mempulut la kita..first time buat nih..
Simple2 pun dekat RM100++ juga mak berbelanja..
Tak menahan Lea nak jemput 5 orang jer...
Adeh, last2 penuh gak rumah..
Licin la bihun 2 peket..
*jamu budak2 jer*



Budak dah setahun weyhhh...



Bihun goreng simple2 jer...
Sayur pun boleh kira, Lea memang tak makan sayur...



Gegor lak gambar...
Apasel muka mak cam berlagak jer tu..




Layan tetamu ke Aina?



Gambar dah la sekepin, dah tu gegar..
Masuk je la buat kenangan..



Mempulut first time..
Aku buat pulut tanak..

Cerita kelakarnya..
Pulut tu aku rendam dari 9pagi, pukul 5petang baru aku masak..
Masuk pulut + santan + air + garam, buh dalam periuk nasi..
Sekali dah masak, buka2 periuk bergenang air oii...
Dah tepuk dahi...
Last2, amik tutup periuk letak atas dapur gas, pastu letak periuk nasi pulut tadi..
Api paling kecik, kacau la pulut sampai masak...
Alhamdulillah, pulut lembik sikit..
Tapi sedap... aku buat cicah dengan kurma ayam..
Kira berjaya la kan...


Semoga Izz Azzalea menjadi anak yang solehah..
Dengar kata ibu bapa..
Hormat orang tua..
Berjaya dunia dan akhirat..
Tercapai segala apa yang dihajati..
Semoga penyakit asma dia beransur hilang..

Walaupun selalu ada jer jawapannya kalo kita tegur dia..
Kekadang perangai dia membuat mak sakit kepala..
Selalu buat mak jadi singa jadian..
Itulah, mungkin copy paste perangai mak dulu2..
Suka menjawap dengan nenek.. Dunia kan bulat..
Tapi apa yang aku harap pada Lea, dia pandai menjaga dan uruskan diri..


Untuk Izz Aina Khadeeja..
Semoga dia membesar dengan sihat..
Menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat..

Besar harapan semua ibu bapa nak anak berjaya..
Samalah macam aku juga..
Sapa tak nak anak berjaya kan..
Aku cuma berharap ketiga-tiga anak aku berjaya..
Walaupun tak berjaya dalam pelajaran..
Sekurang-kurangnya menjadi manusia yang berguna..

Alhamdulillah, dikurniakan 3 anugerah yang amat berharga...
Semoga anugerah ini menjadi "Kekuatan" kepada kami sebagai pemegang amanah ini..

Izz = kekuatan

 ~ynar~