Tahun ni Izz Azzalea dah 4 tahun...tahun depan dah 5 tahun...jadi tahun depan dah kena masuk tadika...Kalau dulu, ada tadika Kemas jer..tak payah susah2 nak pikir antar mana...tp zaman sekarang, memang banyak tadika kemas, tadika pasti dan tadika swasta lain..dan ada prasekolah lagi...ikut kemampuan mak ayah juga sebab yuran tadika sekarang tak sama macam dulu...seingat aku dulu sebulan RM5 jer...dulu la...26 tahun dulu...
Sekarang, nak daftar sahaja dah RM300-RM400..bulan2 lagi...siap ada tusyen lagi...terpulang pada mak dan ayah yang tentukan...tak kisah tadika mana, tp sebagai ibu bapa kena pastikan persekitaran, pembelajaran dan anak kita selesa...kat tempat aku tinggal sekarang pun ada 5-6 tadika...yang dekat area rumah ada 3-4 tempat...aku survey 2 jer...satu tadika kemas, satu tadika pasti amal...
Tadika kemas ni yuran agak murah..
Dalam RM100 lebih la..bulanan RM25.00..
Tak membebankan bagi aku...
Pelajar terhad, hanya 36 orang...
Walaupun tempat kecik, tp tempat dia nampak bersih..
Pasti amal ni yuran agak mahal...
Dekat RM400...bulanan RM50...
Pelajar ramai, 2 sesi, pagi dan petang...
Walaupun ramai, tempat agak selesa sebab besar...
Ada pembahagian kelas, 4, 5 & 6 tahun...
Kalau ikutkan aku nak pilih pasti amal ni sebab dia dekat dengan rumah pengasuh.. Tapi aku risau sebab terlampau ramai, Lea tak boleh fokus..nama pun budak..masih nak main lagi...Tapi sebab aku nak cikgu2 tadika tu betul2 fokus kat anak murid, aku hantar borang kat tadika kemas...kot2 anak aku nak terkencing, ada gak cikgu yang tolong..takut dah ramai, cikgu tak sempat nak tengok...walaupun jauh sikit dari rumah, aku ada masa 6 bulan nak carik orang atau transport yg boleh amik Lea balik dari sekolah...hantar pagi aku boleh hantar...
Selalu kita fikir, yang mahal mesti bagus...iyer, tp aku fikir semua budak ada kelebihan memasing..walaupun belajar kat tempat mahal, tak semestinya budak pandai..ikut tahap IQ budak jugak...mungkin cara pembelajaran atau persekitaran jugak..semua ibu bapa nak anak pandaikan...aku pun...kalau aku mampu, memang aku carik tempat terbaik untuk anak-anak belajar...harap-harap Lea jadi anak yang bijaksana...
ps: Aku bukan nak beza-bezakan tadika yang ada yer...aku hanya beri pandangan dari segi kemampuan aku..jauh sekali nak kata yang buruk2..masing2 ada kelebihan...kalau boleh, nak ada cikgu khas kat rumah...
pss : Mood serius sikit sebab macam tak percaya dah ada anak nak sekolah....begitu pantas masa berlalu...
Salam dear, mungkin boleh buat jadual, compare kelebihan dengan keburukan setiap tadika tu, lepas tu senang sikit nak buat judgement. Takpe. Bukan buruk-burukkan mana2 tadika, semua parents nak yang terbaik kan? :)
ReplyDeleteKeputusan lucky draw beg comel ada di sini http://www.belognia.com/2013/07/result-lucky-draw-beg-comel.html. Terima kasih tak terhingga sebab sudi join. Kalau anda menang, tahniah! Kalau tidak, penyertaan anda akan dibawa untuk lucky draw bulan Julai :)
Saya pun pilih tadika kemas
ReplyDeletePASTI adalah tadika SWASTA Islamic yang paling MURAH antara tadika-tadika Islamic yang Lain. Dalam hidup ini utamakan Islam.. sebab anak anak inilah yang akan doakan kita bila kita dah di alam barzakh nanti. InshaAllah...
ReplyDeleteAku hanya pekerja kilang biasa, hanya kerja seorang dalam keluarga.. PASTI nampak macam "MAHAL".. tapi inshaAllah ada rezeki anak ni nak sekolah di sana.. Allah tahu apa yang tersirat dalam hati kita sebagai ibubapa... InsyaAllah... percayalah dan yakinlah pada reszeki Allah...
ReplyDeleteAnak-anak berak kencing insyaAllah guru-guru PASTI akan jaga diaorang macam anak sendiri. Guru guru PASTI ni semuanya ada sijil dari Jabatan PASTI Malaysia inshaAllah..
ReplyDeleteKEMAS memang murah sbb dapat support kerajaan.. PASTI hidup atas ehsan ibubapa pelajar2 PASTI sendiri... semua guna tulang empat kerat. Hatta walaupun di hari sukan PASTI pun biasanya ibubapa bawak potluck masing2 (sekadar yang mampu - tiada paksaan).. tapi hasilnya.. makanan teramatlah banyak.. dan berbagai2.. alhamdulllAh.
ReplyDelete