Tuesday, 22 November 2016

~ Kemalangan Kecil Part 2 ~

Assalamualaikum wbt..

Kisah sambungan dari entry sebelum ni..
Tak tau citer, scroll down ke bawah dulu...
Pastu baru sambung baca citer ni..

Kira2 hari ni dah 47 hari lepas aku accident..
Macam dah habis pantang la..
Fuh....

Sambungannya...
Sampai klinik, tak lama tu inche suami pun sampai..
Kebetulan tak ramai orang kat klinik, terus jer nurse panggil nama aku..
Cuci luka kat mulut dulu...
Pastu tangan kanan plak..
Masuk tangan kiri sakit giler bila disentuh...
Check bp semua ok..
Tempat lain takde sakit...
Dapat la sedas suntikan di bahu kanan...
Gambar masa kejadian tak dan nak amik...
Yang ada pun gambar parut jer...
Itupun selepas 2 minggu...

Dapat la mc 2 hari..
Bil lebih kurang RM100++, tapi bayar pakai Healthcard Red Alert..
Lepas balik klinik, sempat lagi inche suami ajak makan..
Tak lalu nak makan dah, minum pun sikit2 jer..
Sebab bibir lukakan..

Hantar moto kat umah member..tumpang parking sebab takut nak bawak..
Alhamdulillah moto boleh jalan, takde kerosakan langsung..
Pergi ofis balik hantar mc dan inform diaorang semua..
Terus balik rumah..sapu ubat pastu terus rehat..

Baru la rasa denyut2 kat tempat luka..
Sian kat Aina, 4 hari pas accident tu aku tak dapat layan dia..
Maksudnya pegang dia utk dukung atau basuh berak ke apa ker..
Tangan kiri tak selesa sebab sakit dan pedih..

Nak pakai panties dan bra pun suruh anak dan suami..
Terjerit2 diaorang tak nak tolong...
Membebel la mak diaorang nih..
Sesajer nak manja2 dgn diaorang...

Hari ke-2 mc tu member ofis datang melawat..
Diaorang suruh buat report polis dan pergi tambah mc utk claim socso..

Hari ke-3 tu mula la badan keluar lebam2..
Yang ketara dekat peha, besar jugak la..
Besar penumbuk arrr...
Alhamdulillah tak sakit bila disentuh, cuma lebam..
Badan pun tak la sakit sangat..
Kira orang cakap tak de la demam urat ke apa ker..

Hari ke-3 tu aku pergi klinik balik untuk tambah mc dan minta ubat tahan sakit..
Dan terus pergi balai polis untuk buat report.
Boleh pulak polis kat situ bagi mercun 15 das 2 batang kat anak aku..
Suka la pulak dier..
Pas ni tak boleh takutkan diaorang dengan polis..
Kena cari modal lain nih...



Parut tangan kanan..


Parut tangan kiri..

Untuk dokumen claim socso nanti aku sambung kat part 3..

Nota :
Lepas accident, aku wasap bos cakap aku jatuh moto dan mc tak tau berapa hari...
Lepas tu phone mati..
Petang baru buka wasap, bos inform mak dia pun baru passed away..
Terkejut aku..sama plak tarikh aku accident..
So, department aku "0" la minggu tu..

~ynar~