Wednesday, 30 January 2013

~ Rezeki Awal 2013 | Menang GPS ~

Salam semua...

Aku dapat berita yang menggembirakan minggu lepas.. sambil main FB sambil join contest. Memang tak budget boleh menang, sebab kebanyakkan cha ya nun alif yang konker kalau apps kat FB ni...



Alhamdulillah atas rezekiNya...
Contest still boleh join ---- Listerine.

Nanti dah dapat hadiah aku update lagi...banyak jugak hadiah tak sampai lagi..takpe, akan ku sabar menanti...

p/s : Bila la harimau kuning nak mengaum ni...nak beli pop untuk contest nih...#gigihsungguh#

Tuesday, 29 January 2013

~ Masak-Masak | Ikan Sutchi Dan Pajeri Pelam ~

Assalamualaikum semua...

Best kan cuti lama..rasa malas  nak pergi keje balik...rasa nak baring2..golek2..makan2.. je kat rumah..Tapi kan, kalo golek2 gak duit datang lagi best...muahhahaha...moga murah rezeki lagi...ameen...

Cite pasal masak-masak ni haruslah sebagai orang pompuan, bini orang dah tu mak budak...mestilah kena masak...jom la tengok2 apa yang aku main masak2 kan...



1st time beli ikan Sutchi..beli kat 99 Speedmart.
600g + ice = RM5.95..
Dah cair, lebih kurang 400g je tinggal..



Bahan penting untuk memasak menjadi lebih cepat....
Cepat dimasak cepat dimakan...



Hasilnya...Ikan dia lembut, sekali tengok macam ayam plak..



Sayur kegemaran aku + encik suami..
Peria..tak kisah la masak apa, campur telur atau pun udang + cili giling sikit..



Di kala tak tau masak apa, sardin pun jadilah..
Sekali sebulan jer...jarang ada stok..



Gigih la amik gambar lauk tengah berasap...
Aku ada beli pelam..kulit dia dah kuning macam masak, 
tapi isi keras dan masam...dari busuk kat peti ais, aku potong2
buat pajeri pelam..biasa dengar pajeri nenas dgn terung kan..
aku tukar pakai pelam...masam2 manis rasa dia...
Encik suami suruh berkuah, jadi tenggelam la pelam di lautan kari..

p/s : Lapor plak tengok makanan...jom makan..

Thursday, 24 January 2013

~ Binatang Belaan ~

Assalamualaikum kengkawan...

Walaupun public holiday ( Maulud Nabi Muhammad S.A.W), gigih juga la nak update blog...Mengisi masa2 lapang..

Encik suami gigih la nak membela2 binatang ni...mula2 burung tekukur, burung merbuk, lepas tu ayam hutan, lepas tu burung wak-wak dan sekarang bela ayam plak...semua start dari minat memikat burung tekukur...

Memandangkan rumah sewa kan, takdela nak wat reban besor2 bagai macam nak bela sekandang...So, wat sekadar yang tapak yang ada...



Ni reban ayam hutan & ayam kampung..
Gambar ni Lea yang snap..cantik plak tu..


Tekukur yang encik suami bela..ada 10 ekor kot, tp semenjak
dah kurang main burung, encik suami dah lepaskan beberapa ekor...
Tinggal 4 ekor yang selalu berbunyi...
Te ku ku...te ku ku...



Ayam kampung yang kuat makan, rupa cam ayam daging jer...
Dulu beli, cinonet jerk...rupanya sekejap jer ayam yer besar..
Dalam seminggu sekilo gandum habis, mana tak cepat besar..



Glamer ko cik yam masuk blog...har har har..



Jinak gak la..tak lari pun...

Burung merbuk tu encik suami dah bagi kat tuan rumah sewa..ayam hutan lak ada kat reban, tengah proses menambah bilangan, supaya tidak pupus..dah bertelur, sekarang tengah mengeram...idak la pula teringat nak amik gambar ayam hutan tu...burung wak-wak, tak sempat bela, sebab bila dapat hasil memikat terus jual..Tuan rumah pun tak sempat makan...

Orang kata bela ayam hutan kena ada lesen..tp sekor dua buat bela takde pape kot...agak2 takde lauk, kena korban la...tak pun telur kasi goreng mata kerbau satu...

Sekarang, aku dalam proses bercucuk tanam plak..baru tanam daun sup...tengok la, kalo hidup subur boleh tayang kat blog, kalau mati tu, paham2 je la yer...


p/s : Terima kasih la sudi baca blog tak glamour ni...ihik...maaf kalau ada bahasa yang terover..ai kan manusia biasa..#

Wednesday, 23 January 2013

~ Sample Yang Telah Diterima ~

Salam semua..

Maleh nak citer mukadimah panjang lebar, terus jer menerjah gambar kat bawah yerk...



Stopwatch dari Nestle..



Huggies Drypant



Comfort Ultra



Rachel K Cream (dari Singapore tau...)

Tu je nak citer..tunggu hadiah tak sampai2, update la sample2 dulu...

Tuesday, 22 January 2013

~ 1 Kejayaan VS 1 Kegagalan ~

Assalamualaikum semua...

Minggu ni banyak dah dapat kad jemputan kenduri kahwin...4 kad jemputan yang cantik2..2 area lorong rumah..1 sepupu di pahang, 1 lagi abang kepada biras aku kat klang...akan menghadirkan diri kalau tiada halangan...

Cerita pasal kejayaan nih kan, aku berjaya membuatkan Alfi berhenti isap puting..selama 2 tahun 4 bulan la lebih kurang dia isap puting...bagi aku satu rekod la, sebab aku dulu isap puting sampai umur 5 tahun.. itupun kena tipu dengan arwah nenek cakap puting kena taik najis...pastu arwah nenek buang kat parit..terus la stop...

Alkisahnya, aku pergi pasar malam bawak Lea & Alfi naik moto. Tengah2 jalan, puting dia jatuh. Aku tak stop amik sebab puting tu jatuh kat tempat letak kaki motor. So, aku budget la nt sampai pasar baru aku amik. Sampai pasar malam, Alfi minta puting, aku cakap puting dia jatuh tadikan. Padahal aku sorok kat poket. Dah jumpa jajan, tak ingat la puting dah. Start malam tu, bila dia mintak puting aku akan balas
" Puting adik kan dah jatuh hari tu, mak tak amik..dah kena langgar keta."
Yang Lea pun siap tambah perasa, siap cakap dah pecah..dalam seminggu la nak tidur mesti request nak ting, nak ting..tp bila cakap dah jatuh, pecah bagai dia diam jer..Alhamdulillah, takde puting Alfi boleh jugak tidur...



Masa ni Alfi mula demam, pastu kebah, esoknya keluar bintik2 merah.
Rupanya nak kena demam campak. Sian Alfi anak emak nih...

Ni kisah kegagalan aku plak..Lea dah nak masuk 4 tahun..tapi masih pakai pampers..Dah ajar kat rumah, tp asyik tipu aku jerk cakap nak kencing, tp g bilik air keluar jer dengan baju2 basah. Main air la tuh...Okeyla, aku bagi leka tengok kartun, bila iklan tanya nak kencing tak, jom g bilik air. Kekadang ok, kekadang tak ok..aku paham la yang dia budak lagik. 

Yang aku geram, dalam 2 minggu lepas aku ajar dia tak pakai pampers, ok..nak kencing g bilik air, pastu cakap nak kencing dan tak main air..kira ok la semua..tak kencing dalam seluar. So, hari Isnin tu aku bagi pampers 4 keping jer, selalunya 6 keping untuk hantar ke pengasuh. Aku mesej pengasuh cakap aku dah ajar Lea 2 hari tak pakai pampers, so suruh akak tu tolong sambung ajar la kan..ye la, kat rumah cuma Sabtu & Ahad, kat rumah pengasuh Isnin sampai Jumaat. Aku suruh tak pakai pampers pun dari bangun tido dalam 10 pagi sampai 4 petang jer.. Dalam 6 jam...Kat rumah pengasuh kul 4 dah mandi petang. 

Pastu dapat mesej cakap dia penat, sebab jaga ramai budak. Suruh aku ajar kat rumah.. Aku dah jangka, sebab ada budak sebelum ni mak dia tak bagi pampers kemain dia komplen kat aku. Sekarang anak aku lak kena..So, mengalah lah walaupun dalam hati geram sebab tiap2 bulan aku bayar penuh walaupun kekadang dia cuti, aku pun cuti, aku minta kurang sebab anak aku dah 4 tahun pun dia buat dek jerk. Pampers pun still pakai kan...Sabar je lah...



Ni la anak dara yang masih pakai pampers..
Camner nak masuk pra-sekolah tahun depan..
Ader 11 bulan nak train sebelum g pra-sekolah tahun depan..

Thursday, 17 January 2013

~ Rezeki Yang Sekejap ~

Assalamualaikum...

Hari-hari buka blog, tapi tak sempat nak mengarang...

Cerita kali ni pasal encik suami..kehidupan sekarang memang memerlukan kita untuk ada kemahiran lain yang mendatangkan pendapatan, contoh macam selain bekerja kat opis, kita jual kuih atau jual kopiah..ehhh..contoh jer...

Alhamdulillah, encik suami diberikan kemahiran yang mendatangkan pendapatan. Rezeki di kala duit dah tinggal selai dua nak habis...

Tapi, setiap rezeki yang kita dapat, terdapat sebahagian untuk orang lain...dan di pagi Jumaat yang mulia, encik suami telah memberi sebahagian rezeki itu kepada yang perlu..

Cerita panjangnya begini...macam dalam novel plak...Hari khamis minggu lepas ada seorang pelanggan tempah racik, dan malam Jumaat tu orang tu datang untuk bayar dan amik racik. So, encik suami dapat la RM100.00. Boleh la menampung untuk duit minyak keta dengan beli barang-barang untuk racik.

Pagi esoknya, dalam pukul 10 pagi aku telefon encik suami. Pastu dia bagitau yang pagi tadi masa otw pergi keje dia accident. Haa...accident?? Yang aku pun tanya la teruk ke dia. Dia kata tak ada apa2, cuma keta la mencium keta depan dan dicium keta belakang..tercepit tengah2...adoiyai...Kes keta depan break emergency la..

Bahagian depan keta tak teruk, tp belakang kemek gak la..yang best, bila dah berenti, keta yang belakang boleh blah jer macam tu...mungkin dia tengok tak teruk..

Owner kereta depan just minta RM50.00. Okeyla, sebab tak teruk mana pun..bukti2 kejadian takde sebab tak amik gambar pun...

Alhamdulillah, dengan balance duit RM50.00 tu pun cukup untuk encik suami aku...Rezeki yang dipinjam sekejap jer sebelum dipulangkan pada yang hak..

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Talaq ayat 2-3)



Racik yang dah siap...sapa nak tau apa tu racik, sila la tanya cik google.

p/s : Bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah tentukan.

Thursday, 10 January 2013

~ Jenjalan Di Setia City Mall ~

Salam kengkawan semua..

Sambungan dari wordless wednesday punya cite..memula nak main layang-layang, tp sebab anak2 tido, kitaorang decide pergi Setia City Mall sebab nak collect sample pastu bawak main kat playground.

Parking kereta kat tepi jalan je, dekat2 dengan playground. So, aku pergi sorang dulu collect sample. Jenuh la cari kat location, takde la plak..rupanya kat dalam Parkson. Jauh giler aku menapak..dah settle collect, aku pun patah balik kat playground. Rupanya anak + encik suami membuta sesama kat kereta. Aku ingatkan dah berjimba main kat playground. Sian juga nak angkat anak-anak yang tengah tido, tp memandangkan waktu dah nak petang sangat, aku angkat Alfi, encik suami angkat Lea..Alfi ok gak, mamai2 pun bila sebut main laju jer...Lea, termenung je dalam stroller tak nak main...

Masa awal2 buka Setia City Mall, takde pun air yang warna warni tu. Kali ni pergi dah ada..Tunggu sampai malam sikit baru best. Memang ramai giler orang kat Setia City Mall..Tengok la kat gambar, penuh kat tangga tu orang tengok air. Kat dalam Setia City Mall ni pun ramai sangat umat..

So, kita layan gambar air jer yer..gambar lelain takde..lepas tengok air, belanja anak-anak aiskrim terus balik rumah...
























So, sesiapa nak jenjalan tengok air warna warni tu boleh la pergi Setia City Mall.

Wednesday, 9 January 2013

~ 11:||: Wordless Wednesday ~

Salam semua...

Ahad tadi niat nak bawak anak main layang-layang, tapi Lea & Alfi bantai membuta dalam kereta. So, plan bertukar ke tempat lain..



Sambil main, sambil tengok pertunjukan air.



Agak2 kat mana ni yer?
Cer korang teka?


Tuesday, 8 January 2013

~ Kek Harijadi Sepanjang 2012 ~

Assalamualaikum...entry ni khas untuk kawan2 sekerja, sepejabat, sebumbung, separking dan sesama ular macam2 la...

Dah 2 tahun la kitaorang buat majlis birthday suprise kengkonon..tp ada gak yang kantoi...har har har...Biasalah..jadi, ini adalah kek yang telah selamat dihadam sepanjang 2012..untuk 2013, kita tunggu....



Kek untuk Fara, Alice & Albert - April



Alice & Fara, sory tak nampak muka...


Kek untuk tuan punya blog - June


Kek untuk Lily & Shahrul - July


Sesi meniup...go K.Lily go...


Kek untuk Tee & Kelvin - Aug & Sept


Tee sepatutnya Aug, tp puasa kan..so postpone buat sekali...


Kek untuk Chong & Naim - Oct


Chong je kelihatan, Naim shy shy cat...



Kek untuk Ariff & Arshard



2A, tapi terlebih 1A disitu...
Ariff, Arshard dan Alice..
Jangan mare tau...


Kek untuk Uncle Soo - Dec


Belated birthday sebab birthday Dec, tapi Jan baru celebrate..
Nasib uncle tak merajuk...

Sekadar berkongsi, tapi ada satu birthday cake tak tercicir...Kok yang sambut birthday bulan May..kek dia special sikit, homemade from Japanese lady...special sampai lupa nak snap..

P/S : Mengumpul manis kek...