Friday 19 June 2015

~ Ramadhan Datang Menjengah Lagi ~

Assalamualaikum wbt..


Setelah 3 bulan menghilang, kini baru rasa nak menaip lagi..
Penuh penyapu sawang den pepagi ni...
Nasib najis2 binatang peliharaan tak banyak nak dibersihkan...
Dah tak membelakan...
Mana nak ada najis2nye...
'_____________'


Melalut pepagi ni...
Nasib la masih ingat huruf2 kat keyboard nih...
Bukan malas nak update blog..
Tapi macam tak teringin langsung...
Naluri tu takde....
Scent tu takde...
Hak hak tui...
Ops, puasa la...


Satu dunia tahu umat Islam dah start berpuasa bila bulan Ramadhan...
Ye..bulan Ramadhan kengkawan...
Wajib yer kengkawan..
*Pada yang boleh puasa la*
Syawal baru raya yer kengkawan...
Merepek lagi...


Nak citer sikit la pasal Ramadhan tahun lepas...
Kira2 macam buang belakang la yer kejap...
Aku ni seorang penghidap tiriod...
Aku dibawah kategori 18sx hyper...
Nak tau lebih lanjut sila ke encik google...
Aku nak citer tunggu entry lain lak...


Jadi bila bulan puasa akan ada masalah...
Orang tiriod ni tak boleh lapar...
Menggigil la kalo tak makan...
Ada yang boleh pengsan...
Aku tak pernah la sampai pengsan..
Cuma tak larat tahap tak hengat punya la...


Sebab aku jadi cenggitu, aku degil tak nak makan ubat...
Dah tu dekat bertahun aku tak buat checkup...
Bila nak dekat puasa baru sibuk g farmasi cari ubat...
Dah terlambat cik kak oiiiii....
~___~


So, puasa tahun lepas aku berjaya turunkan berat badan sehingga 10kg...
Dari 70++ ke 60++...tanjat gegirl tau...
Tapi bukan sebab puasa, tapi sebab tiriod aku....
Turun berat badan yang seksa...
Minggu pertama puasa jer, rasa nak MC seminggu...
Tak larat nak bercakap, bawak badan, solat, berjalan...
Semua la tak larat...


Jadi, untuk tidak mengalami masalah yang sama...
Lepas raya tahun lepas, aku buat check up semula...
Citer je yang benar kat doktor tu...
Malas nak pergi hospital dan makan ubat yang banyak...
Nt mendap kat buah pinggang...
*Ha ha ha..alasan*
Doktor tu call doktor pakar and membebel dalam english...
Aku buat tak faham jer...
Tapi sebenarnya aku faham la doktor ko ngumpat aku...


Klinik refer aku ke hospital, dah tu hospital discharge balik...
Refer kat spital pakar lain lak...
Tu yang menyebabkan aku malas nak check up...
Kena pergi klinik or hospital sana dan sinun...
Last2 aku bawak jer referral letter tu kat klinik mula2 aku pergi...
Dia accept dan amik kes aku...


Dan seterusnya sesi mengambil darah dan makan ubat berbiji-biji pun bermula...
Dan aku pun meneruskan kehidupan ku seperti biasa...


Dan Ramadhan tahun ni, aku berharap aku dapat berpuasa dengan tenang..
Tanpa simpton2 tiriod aku tu...
Masih ada la, tapi dah berkurangan...
Still on ubat-ubatan...
(^______^)

#Buka puasa apa petang ni...


#Ramadhan Kareem...
Ramadhan Kareem VS Allahu Akram
A : "Apa maksud Ramadhan Kareem?"
B : "Ramadhan Kareem bermaksud Ramadhan yang mulia"
A : "Oh ya ke?"
B : "A'ah, jadi bila dengar orang sebut Ramadhan Kareem, kita jawab dengan jawapan ini, Allahu Akram"
A : "Apa pula maksudnya?"
B :"Maksud Allahu Akram ialah Allah lebih mulia"


Peraduan Aiken CNY @ Guardian / Nationwide

 Assalamualaikum wbt..  Jom check another contest gaisss! Peraduan Aiken CNY @ Guardian Aiken CNY @ Guardian Contest Retailer : Guardian Con...