Assalamualaikum wbt...
Kehadapan pembaca sekalian...
Untuk pengetahuan semua, walaupun aku dah lama menetap di Klang,
*Nak masuk 10 tahun dah la..*
Tapi tak pernah masuk Wet World Shah Alam..
Dari rumah lebih kurang 1/2 jam je nak ke Wet World tu...
Pernah bercita2, tapi tak kesampaian...
Dari harga tiket murah lagi..
*Sekarang mahal sangat tiketnya *
Kira, macam aku xtau nak explore apa kat dalam tu kan..
Baca review orang pun boleh tak hadam keadaanya..
So, bila dapat tiket free haruslah excited nak pergi..
Total dapat 4 tiket.. kira masuk FOC la semua..
Ikut tiket boleh redeem dari 13/4 - 16/4..
13/4 tu hari Khamis..
Kebetulan, 13/4 tu aku memang apply cuti untuk buat blood test..
Lepas tu ada urusan JPJ, tukar nama untuk moto..
Decide dengan suami lepas setel urusan tu kita berendam la kat Wet World.
Sekali anak-anak dapat pulak surat dari sekolah kata ada Sukaneka..
Bila tanya sorang nak ikut mak, sorang nak g sukaneka..
Last2, anak2 ke sekolah untuk sukaneka...
Lepas tu, bincang dengan suami pergi hari Ahad la 16/4 tu..
Rupanya, anak no. 2 plak ada acara sukan padang.. lari 4 x 50m...
Alhamdulillah, anak wakil rumah kuning dan jadi Johan..
Kawan dia plak yang sengih..
Tahun depan boleh jadi wakil lagi..
Lepas dia dapat medal, tanya cikgu boleh balik ker..
Cikgu cakap boleh balik, terus jer pergi Wet World..
Kira2 sampai dalam pukul 1.30 petang..
Excited gila la mak dan anak2...
Cuak pun ada.. tak pernah masuk wei...
First g kaunter, sekali satu tiket tak bleh pakai...
Mak salah print.. malas nak keluar lagi..
Kita bayar je la RM25 utk sorang anak..
Meh la berjimba2 di situ..
Mula2 semua takut nak cuba..
Sekali dah cuba, yang kecik tu pun xnak naik...
Nak beremdam jer..
Anak lelaki sorang tu semua benda nak naik...
Sampai merah2 mata...
Cuma tak sewa pelampung jer..
Kalo tak mau naik yang terpanjang tu...
Mak ko seram nak.. turun slide yang biru tu pun takut2...
Lain kali kita pergi baru sewa...
Tunggu tiket free lagik la yer...
Hobi yang menggembirakan untuk anak2..
Alhamdulillah untuk rezeki yang sentiasa ada..
~ynar~