Tuesday, 22 May 2012

~ Berkampung Di HTAR | Denggi ~

Tajuk : Bersambung ?? (Pasal admit ward 2nd time)
Lokasi : HTAR a.k.a hospital klang
Tarikh : 4/4/12, pukul berapa dah tak ingat

Tukar style entry sikit..Oklah, sambung citer pasal aku admit ward 2nd time. Dipendekkan segala citer,
aku kena admit disyaki demam denggi + keadaan jantung yang agak laju. Dan anak aku yang demam boleh discharge, tp tiap2 hari kena buat ujian darah. Sian encik suami nanti kena jaga 1 orang yang demam dan 1 orang yang lasak kat umah tu.

Kalau dah demam denggi ni, sesapa pun mesti tau kan, kena amik darah je kerjanya. Sampai lebam2 dibuatnya. Air berbotol2 la masuk. Setiap katil denggi mesti ada air 100plus. Jenis aku tak berapa suka 100plus, tp bagila nescafe ais tak pun teh ais mamak lagi sedap. Duduk la ward G2, ward dia kat bawah je. Senang sikit nak melawatkan.

~tengah makan, sibuk amik gambar doktor yg amik darah aku tadi~

Disebabkan aku ader tirod, aku kena refer doktor perubatan. Lepas refer, doktor suruh masuk darah. Takut gak la masuk darah, kot2 ader penyakit ke darah tu. Kan ader keluar berita darah ader HIV la,
ader ape-ape ntah virus la. Harap2 darah yang diorang bagi ok. Time masuk darah ni agak sakit sikit, sebab darah kan pekat. Lama gak baru habis. Masa masuk darah, kalo ada gatal2 kena cepat2 bagitau nurse incharge atau doktor. Takut darah tu tak ok. Alhamdulillah, masa masuk darah aku ok jer.

Lupa bagitau darah aku O-ve. Teringat masa belajar dulu, cikgu cakap sapa darah O dier baik, sebab dia boleh derma kat semua orang, tapi dier boleh terima dari darah yg sama je. Darah yang kurang baik adalah AB, sebab dia boleh derma orang jenis AB je. Tapi dier boleh terima dari semua jenis darah. He..he..he, kira aku baik la..Kesimpulannya semua darah sama, tapi kalo pergi derma lagi baik. Menambahkan darah di bank darah, sebab kita kekurangan penderma. Aku takleh derma, kan aku ader tirod...*alasan*

Kembali ke tajuk asal, bila pesakit dah masuk air berbotol2, demam dah ok, blood result dah ok, pesakit akan dipindahkan ke wad 7 plak untuk pemerhatian. Aku admit ward selama 6hari.

Dalam 6 hari tu :-
* 4hari kena amik darah dgn masuk air
* 2x masuk jarum sebab yg 1st tercabut
* aku disahkan tiada denggi, tapi pneumonia..bahasa senang jangkitan kuman pada paru2
* last sekali aku tak disahkan penyakit diatas, cuma demam biasa + tirod
* kena telan 13 biji pil dan iodin
* 9 biji pil tu aku bagi tong sampah makan *sorry to nurse & doctor*
* turun beli air kat kantin dia sebab kat ward tak ader air ais...*heaven bila dpt teh ais*
* pinjam paper, beli magazine + pen sebab nak cari barang tersembunyi & silang kata
* jumpa pesakit sebelah katil yang menjerit2 marah doktor masa nak amik darah
* kawan2 tepon cakap opis banjir...dan aku mangsa yang terselamat..haaa...
* Lea demam dan Alfi turut demam..*sian encik suami jaga sorang2*
* besok nak keluar baru ader orang melawat, he he he..nasib ader..
* ubat iodin tu kena makan titis dekat roti atau campur air, tapi berhati2 kalo kena gigi akan berkarat

Banyak lagi la citernya, tp dipendekkan lagi aku dah boleh discharge hari isnin 9/4/12.
Rindu kat anak2 yang tengah demam kat umah. Tapi bila balik, semua tak nak kat maknya...
Sedih tau..mungkin sebab demam, dah tu 6 hari tak jumpa mak..

Itulah kisah admit hospital dua kali..

Wednesday, 16 May 2012

~ Berkampung DI HTAR | Admit 2nd time ~


Entry ni sambungan dari yang lepas, pasal aku admit hospital 2x..
yang ni aku masuk 4/4/12 ~ 9/4/12..6 hari bertapa dihospital..
dan yang menyedihkan anak-anak aku ikut sakit gak...dua2 demam..

Yang aku pun mula2 demam, dah checkup kat klinik panel..
dpt la mc dgn ubat...bila makan ubat, badan macam ok..
tp nt demam balik, macam berulang2. tp dalam demam2 pun,
sempat ot hari ahad (1/4/12) double tu.., sebelum admit ward la..
hari isnin tu aku g keje gak, tp bertahan sampai kul 11 jer..pastu melepek kat surau ngan pantry.
dah tak tahan sangat, tengahari tepon encik suami suruh antar balik.
motor pun tinggal jer, tak lalu memandang motor..sian dier..

malam tu motor aku balik, macam dia balik sendiri jer gayanya..
sepupu suami tolong bawakkan, umah dia kat belakang umah aku jer..
malam isnin 2 aku g la hosital klang, sebab dah tak larat sangat..
anak2 tinggal kat umah pengasuh dulu..

kalo kat sepital klang ni, untuk demam ader bilik khas..
amik darah maser tu, tunggu dlm 15-30 minit dah tau result..aku pun tunggu..
smpi turn aku, doktor xtanya dah sakit apa..tp kelam kabut sibuk suruh duduk amik darah..
main cucuk dulu je, pastu baru carik akunyer saluran darah..ye sakit..ngok ngek betul doktor ni...
tp disebabkan aku demam, xlarat nak bercakap..

doktor srh tunggu kat luar dulu, dalam setengah jam pastu doktor panggil.
baru la citer pasal-pasal sebab sebab apa aku g sepital..
yang mmg bestnya, blood result akan tau dalam 3 jam..
haaaaaaaaaa, giler ko orang demam nak tunggu sampai 3 jam..
patutla doktor yang amik darah tu kelam kabut amik darh...
jd la cam org bego dok kat kusi tu tunggu...
aku siap suh encik suami amik batal aku nak baring,
pedulik aper orang pikir...dah demamkan???

disebabkan ramai sgt yg demam kot, dalam 1 1/2 dah dapat result.
so, result darah macam ader denggi..dan doktor cakap kena admit ward.
pastu doktor tu tetanya doktor lain, xpyh admit tp ari2 kena check darah.
okla, dapat surat terus balik umah..kena banyak minum air & 100 plus..

esoknya aku pergi klinik utk cek darah, darah masih ok..
dapat ubat dan balik umah, kena minum air banyak2 gak..
tapi sebab demamkan, memang tak lalu tak makan dan minum.
dan malam tu anak aku plak start demam.
esok, aku pergi lagi klinik utk cek darah, kali ni bawak anak aku sekali..
disebabkan aku kurang minum air, aku punya bacaan darah naik.
dan disebabkan itu, aku kena hantar ke hospital klang untuk tindakan selanjutnya.
dan untuk anak aku, dia pun disyaki denggi dan sama kes dengan aku..
naik ambulan beramai-ramai ke hospital klang.

Mesti boringkan baca sebab cerita jer, gambar takde..
aku sambung dilain entry..taip pun dah penat..

Peraduan Aiken CNY @ Guardian / Nationwide

 Assalamualaikum wbt..  Jom check another contest gaisss! Peraduan Aiken CNY @ Guardian Aiken CNY @ Guardian Contest Retailer : Guardian Con...