Monday, 25 June 2012

Ber"Trial" Ke Subang Jaya

Tarikh : 22 May 2012
Tempat : Komuter - Port Klang ke Subang Jaya
Cerita : Training

Ni cerita sibuk minggu seterusnya..*sibuk manjang..padahal online FB dengan baca blog orang tak sibuk.*
Nak dijadikan cerita, dah lama bos aku nak hantar aku training, tapi bos kepada bos aku tak setuju.

Nak dijadikan lagi cerita, bila baru-baru ni bos kepada aku propose untuk hantar aku training,
tup tup bos kepada bos aku setuju...* yang tulis pening, yang baca pun pening*


Bila bos dah setuju, aku pun nak tak nak terpaksa setuju...

" Baik bos"..dalam hati "Malas betul aku nak pergi"..

Nasib baik tempat training tu boleh pergi naik pengangkutan awam..hek eleh...
cakap je la naik komuter..kan senang.. siap ajak satu family buat trial pergi subang
jaya memalam buta.

Layan gambar trial ke subang jaya sehari sebelum training betul...

*nampak baik je memula*

*start dah, takmo duduk diam*

* lepas kena marah sebab tak reti duduk diam*

* nak gak masuk, sendiri amik le*

Tambang dari Port Klang ke Subang Jaya  @ RM2.90/sorang untuk pergi sahaja, jadi modal untuk pergi trial RM11.80 + makan = RM15.00. Kalo boleh claim mesti tiket tu aku mintak kat guard dia..

Cerita training akan ku sambung bila mood nak taip ada..banyak gangguan sekarang ni..

p/s : kualiti gambar aku cam hampeh sikit, amik gambor suma goyang..

Pinky sikit..

Tarikh : 12 & 13 May 2012
Lokasi : Ipoh dan Teluk Batik

Sajer tukar-tukar template dan design bagi pink pink gitu..motif tak tau ngaper..
padahal takde sapa tengok blog aku, he he he...suka-suka sendiri je.

Lama tak buat post baru..sibuk keje tak jugak, buat-buat sibuk..

Alkisahnya :

* 12 May & 13 May - pergi Ipoh, kawan kahwin dan berjimba-jimba di Teluk Batik..
* 23 May & 24 May - pergi training dekat Holiday Villa Hotel, Subang..
* Hujung bulan May  -  training 5S dan sibuk buat closing..
* Awal bulan June - sibuk sambung buat closing.
* 7 June - hari tu pun biasa jer..sibuk menghabiskan report..*orang yang sibuk wish birthday kat saya*
* 8 June - hari tu amat sibuk, semua kejar...report la, receiving la, stock la...saje jer...
* 8 June - apsal ulang tarikh??? sajer nak bagitau saya terkena jugak akhirnya...suprise birthday cake..
* Tengah bulan June - sibuk feeling2 filing2 dan membaling yang tak perlu ke tong sampah..
* Sekarang ni tengah June lagikkan - sibuk nak wat farewell untuk geng satu dept..

Itulah alkisahnya...layan gambar ke ipoh dan teluk batik...

~otw ke Ipoh, kemain lagik~ 

~Xtau kenapa anak dara aku wat camtu~ 


~dengan Timm~ 

~tunggu turn amik gambar~ 

~ I nak g mandi Teluk Batik U~ 

~ayah dan anak-anak~

~lea yang semangat nak main air, ntah berani ntah tidak~

~mak korek pasir cari remis, ada la jumpa sekor dua~ 

~pelampung yang kuning tu tertinggal, sajer je anak aku nih~

~mula2 takut bebudak ni, last-last takmo naik~

~budak ni happy sangat sebab dapat main pasir tanpa kena marah~

Balik dari Teluk Batik tu aku dan family tido di Kg. Paya Nibong, umah mak sedara.
Dan esok paginya baru bertolak balik ke Klang dan singgah Sekinchan kejap.
Kereta pun start buat hal, stereng bergoyang..almaklum lah, lama tak jalan jauh..

Itu baru cerita sibuk yang pertama...ader masa aku sambung lagik cerita sibuk yang kedua...

p/s : Tayar kereta bengkak rupanya..

Peraduan Aiken CNY @ Guardian / Nationwide

 Assalamualaikum wbt..  Jom check another contest gaisss! Peraduan Aiken CNY @ Guardian Aiken CNY @ Guardian Contest Retailer : Guardian Con...