Tempat : Komuter - Port Klang ke Subang Jaya
Cerita : Training
Ni cerita sibuk minggu seterusnya..*sibuk manjang..padahal online FB dengan baca blog orang tak sibuk.*
Nak dijadikan cerita, dah lama bos aku nak hantar aku training, tapi bos kepada bos aku tak setuju.
Nak dijadikan lagi cerita, bila baru-baru ni bos kepada aku propose untuk hantar aku training,
tup tup bos kepada bos aku setuju...* yang tulis pening, yang baca pun pening*
Bila bos dah setuju, aku pun nak tak nak terpaksa setuju...
" Baik bos"..dalam hati "Malas betul aku nak pergi"..
Nasib baik tempat training tu boleh pergi naik pengangkutan awam..hek eleh...
cakap je la naik komuter..kan senang.. siap ajak satu family buat trial pergi subang
jaya memalam buta.
Layan gambar trial ke subang jaya sehari sebelum training betul...
*nampak baik je memula*
*start dah, takmo duduk diam*
* lepas kena marah sebab tak reti duduk diam*
* nak gak masuk, sendiri amik le*
Tambang dari Port Klang ke Subang Jaya @ RM2.90/sorang untuk pergi sahaja, jadi modal untuk pergi trial RM11.80 + makan = RM15.00. Kalo boleh claim mesti tiket tu aku mintak kat guard dia..
Cerita training akan ku sambung bila mood nak taip ada..banyak gangguan sekarang ni..
p/s : kualiti gambar aku cam hampeh sikit, amik gambor suma goyang..
No comments:
Post a Comment