Friday, 20 October 2017

~ Tragedi September | Sakit Mata Berjemaah & Bapa Mentua Meninggal Dunia ~

Assalamualaikum wbt...

Ada yang rindu ke entry terbaru dari I nih???
Har har har...
Takde mane org nak rindu kalo blog ko sendu sesiput...
Aku buat entry, aku baca dan untuk rujukan aku jugak...

September 2017... 
Ujian dan dugaan..
Semoga ada hikmah di atas segala yang berlaku...

30/8 sampai 4/9, dapat la cuti 6 hari...
Sempena cuti umum Merdeka, Hari Raya Haji dan cuti tambahan sebab Malaysia menang sukan SEA 2017...
Sakan jugak la kami balik Keratong 7 sampai Sabtu, Sabtu terus balik kampung Sekinchan plak..
Pagi Isnin tu baru balik ke Klang... 

Ujian 1, Aina sakit mata berjangkit dari rumah pengasuh...
Alhamdulillah.. tak teruk sangat..
Berjangkit pula kat Azzalea... 
Sama juga tak teruk sangat... 
Alhamdulillah diaorang sembuh tak payah g pakar..

Minggu tu asyik ulang ke klinik sesaja...
Anak-anak pun banyak dicutikan..
Kebetulan ada UPSR lepas tu UPKK..
Sampai jadual cuti diaorang pun aku tak tau dah..

Dengan Azzalea kena semput plak kat kampung...
Nasib rumah onyang dekat Hospital Tanjong Karang, 
Ke emergency la memalam tu..

Ujian 2, mak dan Alfi pulak dapat sakit mata ..
Kitaorang berdua kena agak teruk...
Kitaorang yang teruk ni pergi klinik swasta..
Yang pergi klinik kerajaan Aina dan Azzalea ok plak..
Mungkin ubat tak serasi...



Hari ke 4...



Alfi hari ke 3..



Yang ni paling teruk... hari ke 7..
Sampai aku sendiri takut nak tengok mata kat cermin..
Cam ada gelembung2 darah...
Yang ni otw ke pakar HTAR sebab dah teruk sangat..
MC dah dapat seminggu...

Jenuh gak dikorek2 biji mata aku...
Nak nangis dah tua bangka..
Tahan je la...


Ni dah hari ke 9 kot... dah beransur pulih..
Tapi still follow up lagi kat pakar mata..
Sempat 3x aku g.. lepas tu aku skip...
Xlrt asyik temujanji jer..
Dah tu dekat2 temujanjinya...

Yang Alfi pulak, mata dia takde bengkak teruk..
Merah pun tak seteruk mak..
Tapi bila tido malam, airmata kuar darah...
Tu yang risau tu..
Bawak juga g pakar..



Alhamdulillah, hampir 3 minggu di serang sakit mata berjemaah...
Kami pun sembuh.. 



Tengoklah punch card I tu...

Ujian 3, baru 3 hari naik kerja..
6.30 pagi 21/9/17, dapat panggilan telefon dari biras kat kampung...
Mula2 miscol, syak ada kematian tetapi tertanya2 la siapa..
Kali ke 3 baru dapat bercakap..
Bapa mertua saya meninggal dunia..
Puncanya jatuh di depan bilik air...
Innalillahi wa inna ILAIHI raaji'uun
(sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali)

Kejut suami, dia macam terkedu yang ayahnya telah meninggal...
Sebab bapa mertua tidak sakit..
Baru 17 hari yang lepas jumpa arwah..
Siap masak kari daging utk kitaorang...
*masa raya haji tu
Selepas solat Subuh, kami pun kemas2 baju dan bertolak ke kampung dalam pukul 7 lebih..
Singgah beli makanan dan minuman utk alas perut..

Sampai di kampung, aku pun siap2 amik wudhu dan bacakan Yassin...
Tapi tak sempat habis baca, diaorang dah ready nak mandikan jenazah..
Semua anak2 dan sedara dah ada, so cepat je la urusannya..
Dalam pukul 11 lebih dah dibawa ke kubur, aku tak ikut..
Cuma agak2 dah habis talkin aku datang jemput suami..
Sebab suami ke kubur naik van jenazah...
Takut tak de sapa bawak balik kan...
Semua urusan dipermudahkan...

Kebetulan, esoknya 1 Muharram (22/9/17) kan cuti umum...
Malam pertama, kenduri dekat surau..
Malam ke 2 dan ke 3 buat kat rumah..
Sambung cuti sampai ahad..
Isnin masuk keje, HR bagitau dapat cuti ehsan 3 hari...
Lepas siap2 semua keje, esoknya aku apply cuti dan kebetulan pengasuh takda..
Dan aku ada check up mata 26/9/17 9.30pagi...
Azzalea pula semput.. pergi klinik pukul 11 baru balik..
Last2 burn ajer check up mata tu..
Lagipun mata dah elok...

Petang tu plak, aku dah start batuk2...
Malam otw balik kampung untuk kenduri 7 hari, 
singgah klinik dekat Kuala Selangor untuk amik ubat batuk..
Siap doktor bagi nebulizer sekali...
Lega sikit...

Lepas kenduri 7 hari, badan still tak sihat lagi...
Sambung terus cuti Khamis dan Jumaat..
Tengok2 punch card banyak bolong jer..
Kerja 6 hari sahaja satu bulan...

Rupanya ada issue kat tempat keje aku..
Tukang buat report tak kerjakan...
Jadi report pun lambat..
So management pun bising la...

Allah nak bagi rehat dengan cara ini...
So, kita kena redha je la...
Supaya kita lebih menghargai kesihatan lepas ni...
Sentiasa ingat ~ sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali ~


~ynar~


No comments:

Post a Comment

Peraduan Aiken CNY @ Guardian / Nationwide

 Assalamualaikum wbt..  Jom check another contest gaisss! Peraduan Aiken CNY @ Guardian Aiken CNY @ Guardian Contest Retailer : Guardian Con...