Assalamualaikum wbt..
Hari ni dah hari ke 9 umat islam berpuasa..
Alhamdulillah, masih ada rezeki bertemu Ramadhan tahun ini..
Tapi tahun ni dugaan demi dugaan datang..
Semuanya ada hikmah sebaliknya..
Alhamdulillah, walaupun dugaan tu kecil tapi kami terima dengan redha..
Hari minggu sebelum puasa kami semua balik kampung Sekinchan,
kerana ada majlis tahlil sebelah suami.
Selesai semuanya, malam Ahad baru balik Klang.
Otw dalam perjalanan baru tahu daerah Klang tiada air sebab ada 3 paip utama bocor.
Memang takde info lansung pasal ni.. tup2 nak sampai umah baru tau..
Air yang dalam kolah je la ada..
Singgah kedai makan semua cakap makanan dah habis..
Untuk sahur malam tu, kebetulan ada bawak lauk dari kampung..
Just masak nasi dan air..
Kes 3 paip air utama pecah.
Untuk sahur malam tu, kebetulan ada bawak lauk dari kampung..
Just masak nasi dan air..
Kes 3 paip air utama pecah.
Rantau Panjang antara yang teruk sebab paip tu tak jauh dari kampung.
ISNIN (06/05/19)
Hari Isnin pagi aku amik emergency leave sbb nak mandi tak ada air..
Aku siap2 mandi sikit pagi tu..
Anak-anak aku bawak pergi tandas awam port klang utk mandi dan tapau air botol..
Malam kami cari air kat Petron Kapar.
Dapat la mandi dan tapau sikit air..
Tengah malam tu suami amik air dari lori siput..
Itu jer yang ada..
SELASA (07/05/19)
Isu makin teruk sebab paip tak dapat siap ikut schedule, aku dah kena keje..
Mandi pun 2-3 botol mineral jer..
Anak-anak aku cutikan sebab kat sekolah pun tak ada air..
Boleh ajer nak sekolah, tapi kena bawak air dari rumah..
Masalahnya kat rumah pun xde air..
Anak-anak suami bawak mandi kat Petron Kapar.
Sekali kena halau da.. ha ha..
Malam tu aku jumpa port amik air kat Setia Alam..
Dekat dengan Hospital Colombia..
Memang disediakan 20 kepala paip..
Orang ramai tapi sebab banyak kepala paip, urusan semua cepat..
Dapat la collect sikit..
Kitaorang mandi kat Shell Meru malam tu..
Lepas mandi baru gi kedai DOBI area meru..
Itupun penuh dengan orang, bila tanya semua orang Rantau Panjang..
Suami pergi amik lagi air malam tu sorang2 dalam pukul 2-3 pagi..
Dapat la 2 trip..
RABU (08/05/19)
Setitik air pun xde lansung keluar dari paip .. hari-hari tunggu update dr Air Selangor...
Anak-anak masih cuti, Aina pun tak hntr pengasuh..
Mak je kerja.. itupun mandi 1/2 baldi jer..
Air kat rumah tu cukup la utk 2 hari..
Malam tu COD barang kat Masjid Negeri Shah Alam, nak tumpang mandi aku period pula..
Last2 ke BHP seksyen 16 untuk mandi..
Puas sikit mandi..
KHAMIS (09/05/19)
Ada setengah kawasan air dah ada.. tapi tak la besar mana..
Cukup la utk diorang tahan air..
Anak-anak dah sekolah.. Aina rumah pengasuh..
Rumah aku air dah ada, tapi petang la..kecik la.. jenuh juga tadah..
Suami amik juga air dekat tanker, sebab orang dah lengang.
Boleh la buat stok air kat rumah..
JUMAAT (10/5/19)
Alhamdulillah, air dah ok.. baru la selesa nak masak ke, basuh pinggan ker..
Yang penting nak menyucikan diri..
Kat tempat keje hari Jumaat baru ada..
Jenuh la nak bayar penalti kat bomba sebab 5 hari pakai air bomba..
Kalau ikutkan kerja2 repair belum siap sepenuhnya..
Tapi Air Selangor buat bypass utk support yang takde air..
Berbuka puasa pun ala kadar sebab air xde..
Kengkonon azam tak nak pergi PARAM, tapi apakan daya..
Hari pertama puasa dah g PARAM..
Anak-anak pun puasa tahan sampai pukul 3 jer..
Cukuplah kisah air..
Sekarang kisah lain plak..
11 tahun berkhidmat di tempat keje, so tahun ni masa dinner itu hari dapat lah reward..
Company bagi Samsung Galaxy A10 utk yang 10 tahun..
(aku request tepon.. hi hi hi, padahal tak tau nak apa)
Baru pakai tak sampai 1 bulan, dah pecah skrin sbb Aina bagi jatuh..
Ingatkan screen protector pecah, tapi sekali LCD dia crack..
Still boleh pakai, tapi tak sesedap mata memandang itu crack..
Nasib la mak tak meraung dgn naik angin..
Sebab syaitan si penghasut kena ikat kan bulan posa..
Mak is redha.. walaupun tahu kos repair sama seperti beli yang baru..
Dah tanya member, kos barang sahaja RM350 sebab tepon ni baru lagi kat masuk Malaysia..
Belum upah lagi.. hula hula hoop..
Rega tepon pun baru RM499..
Ada cara tak nak claim warranty?????
Help me!!!
Selitlah sikit gambar dinner itu hari..
Dinner tahun ni simple, buat kat kilang jer..
Sebelum2 ni buat kat luar etc club @ hotel..
Lucky draw dapat steamer..
Yang food container tu member bagi..
Cert and gift...
Itulah dugaan yang kecil yang Allah bagi..
Syukur Allah uji, Allah masih ingat kat hambanya..
Alhamdulillah, walaupun mak garang dan kuat bebel..
Tapi tahap kesabaran mak dibulan posa boleh dikawal lagi..
(Harap2 la sampai bila2)
Semoga mak is tabah dan redha...
Dugaan hebat lain, nak kejut anak bangun sahur dan bagi diaorang tak buka posa...
Ni pun dugaan jugak...
Tu belum masuk menu nak masak apa petang nanti pun dugaan jugak nak oiiii...
Selamat Berpuasa dan melakukan ibadah di bulan puasa..
Semoga segala amalan kita diterima oleh Yang Maha Esa..
~ynar~
No comments:
Post a Comment