Tuesday, 31 December 2013

~ Kenangan 2013, Harapan 2014 ~

Assalamualaikum wbt...

Tajuk kemain omputih....
Semua orang post pasal kenangan 2013...
Dan harapan 2014...
Aku pun nak jugak...
Entry last di tahun 2013...

Esok, Lea dah nak register tadika..
Dah 5 tahun anak dara kerinting aku tu..
Harap2 dia macam mak dia gak..
Tinggal je kat sekolah, tak menangis langsung...
Ha ha ha..mak dier brutal dulu, mana ada nangis...
Kelengkapan dah 80%, tinggal baju je belum amik...
Esok bayar yuran dan setel apa2 yang patut..

Sepanjang tahun 2013..macam2 dilalui...
Ada gumbira...ada gak berduka...
Ada gak kelakar..Ada gak menyampah..

Macam awal tahun dulu..
Aku masih boleh pakai baju saiz M..
Sekarang dah tak muat...dah tukar ke L...
Takut lama2 naik XL....huarrrrrrr...

Aku dulu hyperthyroid...tu pasal makan apa saja, badan maintain 60kg...
Aku memang tak makan ubat hospital, alasan ubat pahit dan banyak sangat...
Bila aku berubat kampung, serasi plak..padahal sekali je aku makan ubat nenek tu..
Dan-dan sekarang dah 70kg lebih...huarrrrrr lagik...
So, azam 2014..aku nak berat 60kg baru la BMI aku ok...itupun dah last phase untuk standard weight...

Dah beranak dua ni, urat pun dah banyak putus..
So, dah limited sikit ingatan aku..
Kisah raya pun ingat-ingat lupa...
Kisah contest pun tak banyak aku ingat...
Bila ada publish kat blog baru teringat, ohhhh..aku pernah menang ni rupanya...
Haru sungguh...
So, azam 2014 nak rajin update blog sebagai reminder or lebih kurang dairi lah..

Tahun 2013 ni pulak, Lea disahkan ada asma...
Kerap kali amik neb, doktor dah start bagi inhaler kat rumah..
Tapi mak degil, kengkonon tak nak bagi anak bergantung kat gas...
Last2 anak yang merana...sebulan sekali mesti pergi emergency...
Ubat kampung belum try lagik, masih mencari yang serasi...
Rawatan alternatif dah usha2...
Azam 2014, nak amik berat sangat pasal kesihatan anak2..
Sebelum ni pun bukan bermaksud tak ambil berat...sapa tak sayang anak kan...
Tapi macam tak cukup amik berat...
Lea ni dah la terlebih aktif...

Tahun 2013, tak banyak menang contest..
Sebab aku malas dan masuk sekadar melepaskan lelah di tangga..
Macam tak berapa nak rancak la..
Sebab bila kemain masuk, tp tak menang tu memang hampa...
Tapi itulah rezeki masing-masing...
2014, kalau nak menang macam2 macam orang lain, kena la usaha lebih banyak...

Tahun 2013 gak, pertama kali aku tender surat resign...
Macam tak percaya lak aku g interview, pastu boleh dapat offer tinggi...
Mungkin berkat Dhuha yang aku baru start...
Tapi, sebab bagi aku tempat lama aku ni banyak kenangan, aku tolak...
Berjurai2 gak air mata ni tumpah....
He he he he..masih di tempat kerja lama...
Tapi kerja bertambah, selaras dengan gaji yang bertambah...
Azam 2014, kerja kena siap ikut dateline dan buat betul2...
Kena buktikan yang kita layak untuk jawatan tu...

Kebelakangan ni, aku rasa diri aku makin suka melewatkan sesuatu benda atau kerja...
Contoh macam kerja...
Dateline hujung bulan, lagi 2-3 hari hujung bulan baru menggagau..
Dah kena ot sampai malam....
Sian kat anak2..
Lagi satu contoh yang tak baik..
Aku suka sembahyang lambat..
Zuhur lebih kurang 1.30pm, tp dekat2 pukul 3.45pm baru aku buat...
Memang teruk betul aku rasa...
Padahal sembahyang awal waktu lagi afdal..
Salah aku sendiri sebab tak pandai manage diri sendiri..
Azam 2014, kena re-schedule diri sendiri...umur dah meningkat..
Kena muhasabah diri...perangai tak elok, buang atau delete...
Time management untuk diri sendiri....
Gunakan social network yang ada untuk tambah nilai yang berguna...
Jangan lalai dengan teknolgi terkini...

Tadi konon nak karang sikit jer..
Dah melalai panjang berjela..
Kalau ikutkan setiap hari kita berazam..
Berazam nak lebih baik dari semalam kan..
Aku pun...

Banyak lagi benda or perkara yang perlu aku buat dan ubah...
Puasa ganti aku ada lagi sebulan, then kena kira fidiyah puasa..
Nak lebih berkeyakinan lagi dari segi communication..
Nak improve english vocab aku...
Nak banyak bersedekah..
Nak belajar mengaji balik...
Nak buat fixed saving....

Kalau nak listkan memang panjang...
Kira bukan azam 2014 lah semua kat atas tu, lebih pada azam hari2 kan...
Nak itu dan nak ini....
Dan sebagai makhluk Allah, yang penting, nak lebih dekat denganNya...
Menjaga hubungan denganNya...





Selamat Tahun Baru 2014..
Salam 29 Safar...
Dunia semakin tua, kita juga...
Berubah untuk yang lebih baik dan lebih dekat denganNya...
Insya Allah...


Thursday, 19 December 2013

~ Kongsi || Fadhilat Surah Al-Kahfi @ Gua ~

Assalamualaikum w.b.t..

Page Hlovate, selalu mengingatkan pasal Al-Kahfi..
Seingat kita dah tahu semua benda, tapi sebenarnya masih banyak yang kita tak tau...
Masih banyak....
Aku cari-cari dan aku tanya....
Inilah jawapannya...

Hlovate siap bagi step or cara untuk kita baca Al-Kahfi untuk yang sibuk urusan lain..
Split 3, mcm mane..terjah page Hlovate...

Aku tekan ctrl A, pastu ctrl C dan aku tekan cntrl V...
Jadilah, inilah kandungannya...
Benda baikkan...
Patut kita kongsi...




Surah al-Kahfi & Kelebihannya
Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

1. Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat." 

(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:

"Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya."

(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

3. Daripada Abu al-Darda' bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:

"Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal."

(HR Muslim 809)

Surah al-Kahfi

Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. 

Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan "in sha' ALLAH". Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. 

Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut "in sha' ALLAH" tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut "in sha' ALLAH" tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.

Sumber : Youtube Pemuda Sepang

Nota hujung : Aku pun masih mencuba...

Thursday, 12 December 2013

~ Peraduan Yang Terhangat Di Pasaran ~

Assalamualaikum w.b.t..

Dulu-dulu, selalu tulis kat ruangan hobi membaca buku...
Kira hobi termaktub dari kecik sampai beso..
Dah beso sikit, tambah melayari internet...
Tapi nampak macam tak sesuwei plak...
Mesti orang tak nak amik keje ke hape..
Kejenya mentenet jerk...
Tapi sekarang tidak lagi..
#macam iklan pencuci baju plak#

Sekarang dah boleh tulis masuk peraduan...
Kih kih..tapi tidak la setegar mana pun...
Takde la hari2 terima call..Tahniah dot dot dot...
Surat pun dah jarang2...Congratulation dot dot dot..
SMS pun kadang2...Anda Adalah Pemenang dot dot dot...#selalunya SMS kutip hutang je banyak#

Selaras dengan hobi yang tak tegar mane tu...
Asyik2 kejenya mengutip borang peraduan jer...
Tak kira apa yang ada kat kaunter CS tu semua rembat..
Sekali balik tengok resepi pun ada...
Gigih sangat nak rembat...
Walaupun kekadang aku tak mampu nak join, tp aku amik je la...
Habis due date masuk kotak je la...



100plus + 7E..
Beli 2 botol, kira logo dan tulis slogan 100plus..
Due date : 29/12/13



Schwarzkopf
Resit RM30..
Due date : 29/12/13



Diapex + Giant
Resit any amount
Due date : 31/12/13



Susu F&N 
2 label tin
2 kategori hadiah..
Due date : 30/1/14



Lion
Resit RM15
Due date : 31/12/13



Ragu #jangan ragu-ragu#
Beli 2 botol..Resit..
Due date : Lupa plak...tp baru jumpa form minggu lepas kat Aeon Big


Shin Ramyun
Resit, beli 5 peket...
SMS & Facebook
Due date : 31/1/14



Bros + Aeon Big
Resit
Due date : 2/1/14



Paper Mate
Resit RM15, story..
Due date : 18/1/14



NTPM + Aeon Big
Resit RM30..
Due date : 31/1/14



Nivea + Guardian
Resit RM20
Due date : 31/1/2014



Tropicana Twister + Giant
Resit 4 botol 355ml / 2 botol 1.5L
Due date : 31/12/2013




Vico
Resit RM10, kira logo dan susun kegemaran...
Due date : 31/12/2013



PTS + Aeon Big
Resit RM50
Due date : 31/1/14


Permanis + Giant.
Due date : 31/12/13



Tender Soft
Due date : 31/1/14

Banyak lagi borang2 peraduan yang ada..
Aku pun lupa nak snap2...
Mana yang sempat jer..
Kalau tak bz boleh la aku update lagi...

Sharing is caring...
Nak jugak tu...


Peraduan Aiken CNY @ Guardian / Nationwide

 Assalamualaikum wbt..  Jom check another contest gaisss! Peraduan Aiken CNY @ Guardian Aiken CNY @ Guardian Contest Retailer : Guardian Con...