Wednesday, 27 July 2016

~ Rambut Putih a.ka Uban ~

Assalamualaikum wbt..

Seperti sedia maklum, selalunya orang lepas bersalin akan mengalami keguguran rambut..
Semua ibu-ibu akan merasa pengalaman ni..
Termasuk aku...3x bersalin, 3x gak la pengalaman mengerikan itu berlaku..
Sikat rambut pun takut2...
Pegang kepala pun seram2 gitu...
Rasa macam nak botak jer..

Antara punca-puncanya..

1. Penurunan hormon Estrogen selepas bersalin..

Masa pregnant hormon ni naik...jadi pas bersalin dia pun berubah..
Jadi relax dan kembali normal...
Jadi bulu-bulu yang ada di badan manusia pun ikut relax...
Senang gugur la mudah kata...
Tapi bulu-bulu lain susah plak yer...

"______=______"

2. Orang tua-tua kata, bila baby start main air liur @ menyembur @ ngences...

Aku pun tak pasti apa kaitannya rambut mak dengan baby menyembur...
Bukan baby tu sembur air liur dia kat rambut mak pun...
Tak tau la kalo time kita tido dia spray air liur kat rambut maknye...

"____=____"

Kesimpulannya, rambut gugur tu normal bagi ibu lepas bersalin...

Tapi, bagi aku plak...
Aku bukan setakat kehilangan rambut, tapi hilang uban jugak...
Sebab kepala aku banyak sangat uban a.k.a rambut putih...
*Ceh, nak a.k.a bagai...*

Sayang oooo rambut putih ni...
Sebab ada hadis tau untuk orang cam aku yang banyak rambut putih ni..
Walaupun rambut tu tercacak kerinting giler...
*A.k.a rambut gatal*
Tertahan-tahan jer tangannya nak cabut...


Dari Abu Hurairah , Rasulullah shallallahu ' alaihi wa sallam bersabda ,


" Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan , juga dengannya akan ditinggikan satu derajat , "
( HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya . Syaikh Syu'aib Al Arnauth mengatakan bahawa sanad hadis ini hasan ).

Kalau anak atau anak buah aku nak cabut aku tak bagi...
" Nanti rambut ni yang tolong mak/ucu nak masuk syurga tau "
Confident jer bagitau...
Mudah-mudahan menjadi satu doa..

Ada kajian yang mengatakan rambut putih a.k.a uban ni tanda akan mempunyai hidup yang panjang dan sihat..tapi, dari segi risiko lain mempunyai tahap tinggi untuk menghidap kanser. 

Wallahu' alam bisshawab



Ni la budak yang sembur2 air liur tu...
~100 days of life ~

No comments:

Post a Comment

Peraduan Aiken CNY @ Guardian / Nationwide

 Assalamualaikum wbt..  Jom check another contest gaisss! Peraduan Aiken CNY @ Guardian Aiken CNY @ Guardian Contest Retailer : Guardian Con...