Thursday, 8 December 2016

~ Kemalangan Kecil Part 3 | Urusan Tuntutan Socso ~

Assalamualaikum wbt..

Dah lepas 2 bulan aku accident..
Nak tau citer sebelum..link kat bawah ni..


Fobia masih tebal lagi..
Paling fobia nak tarik brek moto...
Memang seeeeraaaaammmmmmm sangat...
Lagi2 aku naik skuter, tayar lak kecik...
#badan lak besar gabak#
Wuiiii....nak motor baru tayar lebar tak lulus dari menteri kewangan...
Harap2 ada menang contest motor plak pas ni..
Amin........Ya Rabbal Alamin..

Berbalik pada tajuk asal...
Lepas habis MC, marilah kita bekerja semula..
Marilah kita listkan dokumen yang perlu untuk claim socso..

1. MC --- minimum 4 hari..aku dapat 2 hari, pastu tmbh lagi 2 hari...
#sabtu pun aku minta cuti, padahal memang cuti#

2. Report polis --- cakap nak buat report untuk claim socso..

3. Salinan kad pengenalan --- depan belakang...

4. Peta tempat kejadian --- aku buat dua, satu dari google maps satu lagi aku draw pakai excel..

5. Salinan rekod kedatangan pekerja --- punch card korang la, yang ni HR company aku yang buat..

6. Salinan slip gaji 6 bulan terakhir --- yang ni pun HR company uruskan...

7. Borang 34 --- HR juga yang uruskan, dan isikan semua..aku tinggal sain jer..

Untuk senarai semak, borang lain atau apa2 berkaitan tuntutan, korang leh pergi link bawah ni..

Borang Faedah

Dipendekkan citer, lepas setel isi borang, sain dan bg semua dokumen sokongan, korang boleh pos atau pass by hand mana2 cawangan Socso..
#yang ni HR tempat keje uruskan#

Tak sampai sebulan, proses bayaran pun dapat..
Dapat la surat dengan cek..
Terus la cash kan dekat kaunter...



Tidak la banyak mana...
Tapi boleh la cover mana2 yang patut..
Alhamdulillah...


Nota hujung : Lepas accident 2 bulan ni, terasa sakit juga kat kepala lutut dengan siku..
Nak semayang pun kekadang senget2 nak naik dari sujud..
Kena check balik mana tau ada retak2 ke...

Gigi pun tak buat lagi..Tatut sesangat nak cabut gigi...

~ynar~

No comments:

Post a Comment