Thursday 16 August 2012

Ziarah Kubur

Tarikh : 12 Ogos 2012
Lokasi : Tali Air 3, Sungai Burung, Masjid Tali Air 7 @ Masjid Nurul Falah dan Tali Air 7, Sekinchan

Minggu ke 3 ramadhan aku balik lagi ke kampung..sebenarnya tiap-tiap minggu balik..cuma minggu pertama puasa je tak balik..

Misi balik minggu ni adalah untuk mengemas umak mak mentua (MM)..disebabkan aku raya di rumah MM dulu tahun ni..malam ahad tu sampai pukul 3pagi aku dengan encik suami mengemas..letih, sebab rumah MM agak besar..nasib terbangun sahur..kalo tak ader yang terbukak periuk kul 10 pagi..maka siangnya banyak aktiviti mengumpul taik mata..letih punya pasal..

Misi lagi satu aku balik kampung adalah untuk ziarah kubur arwah nenek (nenek sebelah ayah). Mana yang tak tau, aku ni dari kecik tinggal dengan nenek..jadi peneman..arwah nenek meninggal pada 3 Mei 2008..arwah nenek tak sempat jumpa cicit-cicitnya..

Pukul 3 aku sampai di masjid, lepas sembahyang Zuhur aku pun melawat kubur arwah nenek..kawasan kubur bersebelahan masjid ni..dalam gambar bawah ni sebelah kanan masjid la..

Gambar Google
Masa sampai kawasan kubur, ada jugak 2,3 keluarga melawat kubur..selesai membaca Yassin, aku pun tunggu encik suami dengan anak-anak yang pergi isi minyak kereta..sementara tunggu tu, ada siak masjid tengah siapkan bubur lambuk..dapat la 2 tupperware...rupanya, encik suami pun dah dapat 2 tupperware..

1 tupperware aku pas kat nenek aku yang lagi satu sebab nenek belah mak pun duduk dekat sini.

Mak dengan ayah aku asal satu tempat, Tali Air 7..jadi dua-dua keluarga semua duduk dekat2..cuma arwah nenek aku duduk dekat lesen (kawasan kebun), nenek lagi satu duduk dekat darat (istilah untuk duduk dekat kawasan sawah)..rumah arwah nenek dah disewakan..jadi kalo balik Sekinchan, duduklah rumah nenek darat..

2 tupperware pas kat MM, tapi 1 bekas aku yang makan..sedap..1 lagi tupperware tapau balik Klang..untuk anak-anak..

Al-Fatihah untuk arwah nenek..dah lebih 4 tahun nenek pergi...

No comments:

Post a Comment

Peraduan Aiken CNY @ Guardian / Nationwide

 Assalamualaikum wbt..  Jom check another contest gaisss! Peraduan Aiken CNY @ Guardian Aiken CNY @ Guardian Contest Retailer : Guardian Con...