Friday, 31 August 2012

Alfi Dah 2 Tahun


Tarikh : 9/8/12
Lokasi : Rumah

Tarikh 9/8/12, genap la anak kedua aku, Izz Muhammad Alfi Iqmal berumur 2 tahun. Pada mulanya aku cadang nak buat sambutan birthday dia masa raya nanti. Tapi macam lama la pulak. Walaupun Alfi tak paham pun kan.

So aku decide nak buat gak sambutan birthday dia walaupun hanya sebiji kek. Kitaorang berempat je, lagipun puasa..orang sibuk sembahyang terawih, takkan nak jemput datangkan..Maka, lepas balik keje aku terus ke kedai kek. Dekat tempat aku tinggal ni ada 2 buah kedai kek. Satu cina, satu melayu..kedai kek cina tu banyak pilihan sikit dari kedai melayu tu. #Ada kisah dekat 2-2 kedai kek ni, kalo fikir memang serik nak beli. Tapi mengenangkan masa, nak pergi jauh-jauh kang mahal. Entry lain pasal 2 kedai kek ni.# Nak tempah-tempah malas pulak, jadi pergi je terus beli.

Sesudah membeli kek, pergi lak beli topi, belon dan sebagainya..tak tau nama aper..tp yang selalu ada kat parti la..dah habis membeli, aku pun balik rumah pastu keluar balik amik bebudak kat rumah pengasuh terus pergi bazar ramadhan..

Ingat nak potong kek lepas buka puasa, sekali encik suami ada jamuan berbuka puasa kat luar..anak-anak sibuk dah beday to u...beday to u..terpaksa la tunggu ayahnya balik dulu...lebih kurang 9.30 malam baru potong kek..itupun ayahnya yang potong..anak-anaknya sibuk main lilin..api..api..

So, kat sini kongsikan gambar-gambar sekitar di tempat kejadian..ha ha ha..

Pekerja kedai tu tulis cincai jer..


Ingatkan nak carik angry bird..tp takder..


Budak ni dah 2 tahun dah


Gegor tangan maknya...


Kemain lagi pakai topeng





Abaikan lukisan cantik anak-anak di dinding


Simple jer..


Lea tak sabar nak tiup..sebab birthday dia ari tu kek ada, lilin takde..


Habis goyang semuanya..





Abaikan juga latar belakang...


Baru beli dah koyak..


Alfi tak heran dengan kek, kotak kek juga jadi mainan


Siputing, keturunan maknya...ha ha..




Itu jer koleksi gambar yang ada..kek tu lagi separuh telah di sedekah kan kepada 2 pupu anak aku dengan di hantar ke pengasuh..sebab kalo tak bagi confirm seminggu dok dalam peti ais..kureng sikit dengan kek-kek yang berkrim ni..kalo bagi cheese ke, pavlova ke..confirm licin...

Semoga Alfi menjadi budak bijak dan soleh...sekarang ni dia tengah melasak..memang penat hari-hari nak melayan kerenah dia..

Sekian...


No comments:

Post a Comment