Lokasi : Parit 3, Sungai Burong & Felda Keratong 7 a.k.a Chanis..
Kita layan gambar...tapi kualiti amat kureng...sebelum raya tu memang cadang nak beli memori kamera,* memori patah...sedey.. tp agak mahal dari yang biasa..budak tu cakap RM55, tp bagi RM50..lima hengget jer..takple..pakai kamera hp jer..
Perjalanan raya di Parit 3:-
Jumaat malam balik kampung parit 3 lebih kurang pukul 12 malam dari rumah...singgah di jeram amik lemang 5 batang...mak aii panjang betul lemangnya..padan lar dengan harga, RM16 sebatang..tp ai dapat harga RM14 jer...mungkin customer pertama untuk raya ni..
Sampai kampung pukul 2 lebih kot, aku dgn anak-anak dah membuta...tak tau la ada jammed ke tak..
Gambar di Selangor...
Nasib la agak sedondon..ye ker?
Suami recycle baju nikah, Alfi baju marhaban...maknya dengan Lea je baju baru..kih kih..
Anak ayah la sangat..
Budak ni tengah merajuk..
Cahaya belakang terang sangat..
Macam nak bernasyid plak..
Masing2 nak duduk depan..
Menu hari raya..
Goyang semedang kalau pakai hp..
Ni duit raya saya...
Beraya raya...
Sampai terpejam mata menikmati kuih raya..Alfi Alfi
Perjalanan raya ke Felda Keratong 7 a.k.a Chanis..yeay balik umah mak :-
Kami balik ke Pahang pada raya ke 3, dalam pukul 2 petang bertolak ke Klang dulu, nak transfer apa-apa yang patut dulu. Encik suami pulak nak bagi makan binatang peliharaan dulu.
Perjalanan dari kampung ke Klang selalu dalam 1 jam setengah, tp kalau dah musim perayaan 2 jam lebih baru sampai Klang..jammed sebab accident..
Perjalanan ke Pahang lak, makan masa 6 jam lebih..selalu 4 jam dah sampai..jalan tak jammed tp disebabkan kenderaan banyak..perjalanan agak slow..
Gambar di Pahang..
Sesi tayang duit raya..
Mendung, perjalanan ke Klang..
Dengan mak ai la, ni je gambor yang ada kat Pahang..
Suzanna dengan Aira..
Ni la kampung mak+ayah ai..
Itu je gambar yang ada..suasana raya kali ni agak hambar sikit..apa yang kurang pun tak pasti..Encik suami pun sama, raya tahun ni tak berapa best katanya... Walau apa pun, Syawal nak sampai ke penghujung..semoga kita akan berjumpa lagi Ramadhan di tahun hadapan..