Wednesday, 5 September 2012

Duit raya mak vs anak...????


Blog orang lain semua berlumba-lumba post entry gambar raya..tp aku tak byk gambar raya..lupa + memori kamera patah..jd cam tak best nak pakai kamera hp..ade la gak sekepin dua..nt baru citer..

Ni nak citer sikit pasal duit raya..walaupun aku dah berumur 31tahun, tp still dapat duit raya tau..lagi banyak dari dedulu...

Duit raya mak : RM150 ( RM100 dari bos, RM50 dari mak )
Duit raya anak (2orang) : RM300++..last kira RM300 la..

Duit raya mak : dah belanja barang anak..sebab raya hari tu gaji tak masuk lagikan..duit raya mak pun utk anak juga...pampers, susu..jajan..kira  macam duit raya dorang jugak..

Duit raya anak : belum usik lagi, tunggu habis raya baru bank-in..

Bila nak bank-in ni yang aku malas sikit..utk Lea aku buatkan Amanah Saham Didik, tp bila nak bank-in selalu unit dah habis..ASD ni limited sikit unitnya...tak tau masa bila unit dia masih banyak..

Lea sekarang aku bukakkan Ambank akaun, itupun kebetulan amik sijil Tawas, dia offer untuk buka akaun. Nak buka akaun cuma RM20.00. So, kalo ASD dah habis unit, aku masukkan la kat Ambank.

Untuk Alfi, aku buka akaun Bank Rakyat. Lagipun bila menabung dapat hadiah, dengan syarat-syarat tertentu la..

Untuk masa hadapan kan..



Macam-macam sampul, yang elok aku recycle balik..


Suka sampul dari AIA, design lain sikit..


Duit RM10 aku dah tukarkan kepada RM50..


Atuk keratong bagi paling banyak, RM25


Buka akaun anak-anak aku..


Ada sesiapa tau, bila unit ASD ni masih banyak?? Macam mana nak tau..

Aku rasa aku dah 2x kena, bila dah siap isi borang, g kaunter...unit ASD dah habis...ala, lecehkan.
Kekadang masuk ASB aku jerk..he he he..

Jumpa lagi di lain entry, pasal raya pulak..





No comments:

Post a Comment