Wednesday, 18 July 2012

~Terkena Suprise Cake~

Tarikh : 8 June 2012
Lokasi : Tempat Kerja

Tarikh kejadian adalah seperti diatas, di mana aku bekerja seperti biasa. Di kala itu, aku tengah membuat kerja-kerja penutupan repot. Wushhh..ayat skema tu..kiranya aku tengah busy wat closing report la..sendiri taip, sendiri gelak...

Hari tu mmg amat busy sebab dengan nak buat final report la, orang tanya stock barang la, sebab abang yang handle tu cuti, dengan kena telefon supplier lagi tanya bila barang masuk..mmg tak sempat nak ularpun..
har har har..i bukan kaki ular tau..sentiasa tercongak depan meja jerk...

Lepas lunch tu diorang sibuk call meeting..aku ni dah la banyak keje, panggil2 meeting lak..dalam hati memang sumpah seranah tau kat orang yang pggl meeting tu..bos aku lak suruh aku pergi dulu..nt baru dia dtg..meeting kat bilik production plak...alahai..sekali pergi apsal gelap jerk bilik diorang ni...hmmmm..

Terkena gak aku akhirnya...ingatkan meeting betul, sekali kena meeting makan kek...aduhai, walaupun tiap-tiap bulan aku yang handle suprise party untuk kawan-kawan, aku pun terkena gak...macam maner leh tak dpt agak yer..maybe time tu pun tengah sibuk kan..gambar pun tak banyak sebab suprise kan..kalo tau dah lama standby kamera...

Inilah gambar hasil tangkapan dari kamera tepon jer..yang gegar tu sebab suprise sangat la tu..candid camera punya orang bercuti masa ni...

kek coklat

ader menu sampingan

bukan tangan saya, sumpah...

pandangan sisi..

Ader la tapau sikit utk anak-anak & encik suami..Untuk birthday tahun ni, family saya tak sambut apa2 pun..tak kisah pun..dah wish pun ok...

P/s : Terima kasih pada kengkawan yang wat suprise tu...Albert (my bos), Arshad, Shahrul, Farah, Kelvin, Alice, Chong, Naim, Uncle Soo, K.Lily, Kok & Tee...yang MC hari tu Ariff & Syed..


Wednesday, 11 July 2012

31 Tahun Yang Lepas..

Tarikh : 7 Jun 2012
Tempat : Rumah dan Ofis

Pada tarikh 7 Jun 2012, pada pukul 6.52 pagi, cukuplah umur saya 31 tahun..dah start kena minum susu ni..susu Anlene..he he he..*iklan susu jap..


Malam tu selepas pukul 12, encik suami cakap kat anak-anak, " Hari ni hari lahir Mak "..tapi anak-anak umur 3 tahun dengan 1 tahun lebih mana paham kan..so, tak de apa reaksi la dari anak aku..lain la kalo ader kek pastu ade lilin, confirm la anak aku kecoh-kecoh beday to you...Encik suami pun wish pagi besoknya masa nak g kejer..aku cam biasa je la...

Sampai ofis, ramai yang wish kat "facebook" je la..dah takde yang wish "face to face"..ha ha ha..aper2 pun tenkiu to all my friend..

Mak + abah + adik-adik pun wish, yang ni wish pakai phone..

Dah petang sikit tu baru la bos tau hari ni birthday anak buah dia ni ha...siap tanya HR lagi untuk confirmation..bos and lain2 bos wish "face to face" la..sebab diaorang ni jarang bukak FB..kalo online pun, sebab tak add jadi friend maner taukan...

Itulah je la citer birthday yang ke 31 ni ha...



Tuesday, 10 July 2012

Training~Holiday Villa Hotel

Tarikh : 23 & 24 May 2012
Tempat : Holiday Villa Hotel, Subang Jaya..

Citer ni dalam draft agak lama..tak sempat nak menyambung..hari ni diberi masa untuk publish..

So, nak dijadikan cerita..pagi hari 1st training tu aku terbangun lambat, gara-gara tido lambat, disebabkan budak 2 orang tu tido lambat. Alasan jer banyak..Jadi encik suami suruh amik train dari Komuter Klang jer.
La, semalam trial dari Port Klang, pagi ni kena naik dari Klang lak..camner tu??

Disebabkan dah lambat, otak pun fikir nak cepat sampai jer..terus la merempit ke Komuter Klang. Nasib jalan clear, keta tak banyak..padahal aku naik moto jer..moto pun parking main ikut dan jer, dengan harapan
jangan la motor aku hilang..orang lain 2-3 ketul lock, aku harap lock handle dengan lock free seketul jer..

Sesampai je komuter klang, (masa tu pukul 8) nasib la ader train yang menunggu..tapikan dah dekat 15 minit tak jalan2.. aper ni 1st day training dah lambat..malu sehhh...last2 train tu pun bergerak, tapi lagi...
mak aiii..slow giler..orang naik basikal pun boleh potong...dalam hati aku doa2 la sempat sampai sebelum pukul 9.. nasib aku baik hari tu sebab aku sampai dalam 8.50 pagi di stesen Subang Jaya dan 9.05 sampai di   Holiday Villa Hotel.. dan training hari tu amat best..tak mengantuk dan of course jumpa kawan baru..
* Makan / melantak mcam2, tp 1st day duduk sebelah trainer, segan tul nak amik makanan*
Trainer adalah En..Mokhtar Said (FB)..banyak info & pengalaman encik Mokhtar ni..trade mark dia "Alamak"

Jumpa di training member sama destinasi dari Port Klang, so janji dengan dia balik sama..Nama Parames..
So ok la, kalo sesat pun ader geng..tapi tak lah minta sesat..Petang tu merasa la jadi ikan sardin di dalam komuter..Punya la padat dengan orang...mesti diorang semua dah lali dengan bau-bauan..nasib aku menghidu bau-bauan 2 hari jer..

Hari kedua, aku tak bangun lambat. So takde la kelam kabut..sampai kat stesen Subang Jaya pun awal 8.35 pagi, tapikan...mesti ader tapi punya..pak cik teksi tu boleh pulak tunggu orang plak..elok jer dia borak-borak.jam dah 8.50pagi...cepat la teksi penuh, kang lambat lagik aku..sampai jugak la aku kat training room..habis juga training kat Holiday Villa Hotel.. encik Mokhtar cakap inilah training paling banyak amik gambor..ni kes K.Aida la..semua orang dia minta posing..jangan marah ye kak..gurau jer..

Gambar 1st day training di copy paste dari akak Aida Saam punya FB...
makan pun cover2..





Yang ni pulak 2nd day training..



Dari kiri : Choi, Nor Azah, Yon, Emma, En. Mokhtar, Aida, Azura, Zurin, Jun, Parames,
Duduk : Maz, Aishah, Siti, Nurul...

Jenuh juga nak ingat nama..kalo salah nama maaf la yer..lepas training ni harap2 saya jadi lebih bagus dari sebelum ni..

Monday, 25 June 2012

Ber"Trial" Ke Subang Jaya

Tarikh : 22 May 2012
Tempat : Komuter - Port Klang ke Subang Jaya
Cerita : Training

Ni cerita sibuk minggu seterusnya..*sibuk manjang..padahal online FB dengan baca blog orang tak sibuk.*
Nak dijadikan cerita, dah lama bos aku nak hantar aku training, tapi bos kepada bos aku tak setuju.

Nak dijadikan lagi cerita, bila baru-baru ni bos kepada aku propose untuk hantar aku training,
tup tup bos kepada bos aku setuju...* yang tulis pening, yang baca pun pening*


Bila bos dah setuju, aku pun nak tak nak terpaksa setuju...

" Baik bos"..dalam hati "Malas betul aku nak pergi"..

Nasib baik tempat training tu boleh pergi naik pengangkutan awam..hek eleh...
cakap je la naik komuter..kan senang.. siap ajak satu family buat trial pergi subang
jaya memalam buta.

Layan gambar trial ke subang jaya sehari sebelum training betul...

*nampak baik je memula*

*start dah, takmo duduk diam*

* lepas kena marah sebab tak reti duduk diam*

* nak gak masuk, sendiri amik le*

Tambang dari Port Klang ke Subang Jaya  @ RM2.90/sorang untuk pergi sahaja, jadi modal untuk pergi trial RM11.80 + makan = RM15.00. Kalo boleh claim mesti tiket tu aku mintak kat guard dia..

Cerita training akan ku sambung bila mood nak taip ada..banyak gangguan sekarang ni..

p/s : kualiti gambar aku cam hampeh sikit, amik gambor suma goyang..

Pinky sikit..

Tarikh : 12 & 13 May 2012
Lokasi : Ipoh dan Teluk Batik

Sajer tukar-tukar template dan design bagi pink pink gitu..motif tak tau ngaper..
padahal takde sapa tengok blog aku, he he he...suka-suka sendiri je.

Lama tak buat post baru..sibuk keje tak jugak, buat-buat sibuk..

Alkisahnya :

* 12 May & 13 May - pergi Ipoh, kawan kahwin dan berjimba-jimba di Teluk Batik..
* 23 May & 24 May - pergi training dekat Holiday Villa Hotel, Subang..
* Hujung bulan May  -  training 5S dan sibuk buat closing..
* Awal bulan June - sibuk sambung buat closing.
* 7 June - hari tu pun biasa jer..sibuk menghabiskan report..*orang yang sibuk wish birthday kat saya*
* 8 June - hari tu amat sibuk, semua kejar...report la, receiving la, stock la...saje jer...
* 8 June - apsal ulang tarikh??? sajer nak bagitau saya terkena jugak akhirnya...suprise birthday cake..
* Tengah bulan June - sibuk feeling2 filing2 dan membaling yang tak perlu ke tong sampah..
* Sekarang ni tengah June lagikkan - sibuk nak wat farewell untuk geng satu dept..

Itulah alkisahnya...layan gambar ke ipoh dan teluk batik...

~otw ke Ipoh, kemain lagik~ 

~Xtau kenapa anak dara aku wat camtu~ 


~dengan Timm~ 

~tunggu turn amik gambar~ 

~ I nak g mandi Teluk Batik U~ 

~ayah dan anak-anak~

~lea yang semangat nak main air, ntah berani ntah tidak~

~mak korek pasir cari remis, ada la jumpa sekor dua~ 

~pelampung yang kuning tu tertinggal, sajer je anak aku nih~

~mula2 takut bebudak ni, last-last takmo naik~

~budak ni happy sangat sebab dapat main pasir tanpa kena marah~

Balik dari Teluk Batik tu aku dan family tido di Kg. Paya Nibong, umah mak sedara.
Dan esok paginya baru bertolak balik ke Klang dan singgah Sekinchan kejap.
Kereta pun start buat hal, stereng bergoyang..almaklum lah, lama tak jalan jauh..

Itu baru cerita sibuk yang pertama...ader masa aku sambung lagik cerita sibuk yang kedua...

p/s : Tayar kereta bengkak rupanya..

Tuesday, 22 May 2012

~ Berkampung Di HTAR | Denggi ~

Tajuk : Bersambung ?? (Pasal admit ward 2nd time)
Lokasi : HTAR a.k.a hospital klang
Tarikh : 4/4/12, pukul berapa dah tak ingat

Tukar style entry sikit..Oklah, sambung citer pasal aku admit ward 2nd time. Dipendekkan segala citer,
aku kena admit disyaki demam denggi + keadaan jantung yang agak laju. Dan anak aku yang demam boleh discharge, tp tiap2 hari kena buat ujian darah. Sian encik suami nanti kena jaga 1 orang yang demam dan 1 orang yang lasak kat umah tu.

Kalau dah demam denggi ni, sesapa pun mesti tau kan, kena amik darah je kerjanya. Sampai lebam2 dibuatnya. Air berbotol2 la masuk. Setiap katil denggi mesti ada air 100plus. Jenis aku tak berapa suka 100plus, tp bagila nescafe ais tak pun teh ais mamak lagi sedap. Duduk la ward G2, ward dia kat bawah je. Senang sikit nak melawatkan.

~tengah makan, sibuk amik gambar doktor yg amik darah aku tadi~

Disebabkan aku ader tirod, aku kena refer doktor perubatan. Lepas refer, doktor suruh masuk darah. Takut gak la masuk darah, kot2 ader penyakit ke darah tu. Kan ader keluar berita darah ader HIV la,
ader ape-ape ntah virus la. Harap2 darah yang diorang bagi ok. Time masuk darah ni agak sakit sikit, sebab darah kan pekat. Lama gak baru habis. Masa masuk darah, kalo ada gatal2 kena cepat2 bagitau nurse incharge atau doktor. Takut darah tu tak ok. Alhamdulillah, masa masuk darah aku ok jer.

Lupa bagitau darah aku O-ve. Teringat masa belajar dulu, cikgu cakap sapa darah O dier baik, sebab dia boleh derma kat semua orang, tapi dier boleh terima dari darah yg sama je. Darah yang kurang baik adalah AB, sebab dia boleh derma orang jenis AB je. Tapi dier boleh terima dari semua jenis darah. He..he..he, kira aku baik la..Kesimpulannya semua darah sama, tapi kalo pergi derma lagi baik. Menambahkan darah di bank darah, sebab kita kekurangan penderma. Aku takleh derma, kan aku ader tirod...*alasan*

Kembali ke tajuk asal, bila pesakit dah masuk air berbotol2, demam dah ok, blood result dah ok, pesakit akan dipindahkan ke wad 7 plak untuk pemerhatian. Aku admit ward selama 6hari.

Dalam 6 hari tu :-
* 4hari kena amik darah dgn masuk air
* 2x masuk jarum sebab yg 1st tercabut
* aku disahkan tiada denggi, tapi pneumonia..bahasa senang jangkitan kuman pada paru2
* last sekali aku tak disahkan penyakit diatas, cuma demam biasa + tirod
* kena telan 13 biji pil dan iodin
* 9 biji pil tu aku bagi tong sampah makan *sorry to nurse & doctor*
* turun beli air kat kantin dia sebab kat ward tak ader air ais...*heaven bila dpt teh ais*
* pinjam paper, beli magazine + pen sebab nak cari barang tersembunyi & silang kata
* jumpa pesakit sebelah katil yang menjerit2 marah doktor masa nak amik darah
* kawan2 tepon cakap opis banjir...dan aku mangsa yang terselamat..haaa...
* Lea demam dan Alfi turut demam..*sian encik suami jaga sorang2*
* besok nak keluar baru ader orang melawat, he he he..nasib ader..
* ubat iodin tu kena makan titis dekat roti atau campur air, tapi berhati2 kalo kena gigi akan berkarat

Banyak lagi la citernya, tp dipendekkan lagi aku dah boleh discharge hari isnin 9/4/12.
Rindu kat anak2 yang tengah demam kat umah. Tapi bila balik, semua tak nak kat maknya...
Sedih tau..mungkin sebab demam, dah tu 6 hari tak jumpa mak..

Itulah kisah admit hospital dua kali..

Wednesday, 16 May 2012

~ Berkampung DI HTAR | Admit 2nd time ~


Entry ni sambungan dari yang lepas, pasal aku admit hospital 2x..
yang ni aku masuk 4/4/12 ~ 9/4/12..6 hari bertapa dihospital..
dan yang menyedihkan anak-anak aku ikut sakit gak...dua2 demam..

Yang aku pun mula2 demam, dah checkup kat klinik panel..
dpt la mc dgn ubat...bila makan ubat, badan macam ok..
tp nt demam balik, macam berulang2. tp dalam demam2 pun,
sempat ot hari ahad (1/4/12) double tu.., sebelum admit ward la..
hari isnin tu aku g keje gak, tp bertahan sampai kul 11 jer..pastu melepek kat surau ngan pantry.
dah tak tahan sangat, tengahari tepon encik suami suruh antar balik.
motor pun tinggal jer, tak lalu memandang motor..sian dier..

malam tu motor aku balik, macam dia balik sendiri jer gayanya..
sepupu suami tolong bawakkan, umah dia kat belakang umah aku jer..
malam isnin 2 aku g la hosital klang, sebab dah tak larat sangat..
anak2 tinggal kat umah pengasuh dulu..

kalo kat sepital klang ni, untuk demam ader bilik khas..
amik darah maser tu, tunggu dlm 15-30 minit dah tau result..aku pun tunggu..
smpi turn aku, doktor xtanya dah sakit apa..tp kelam kabut sibuk suruh duduk amik darah..
main cucuk dulu je, pastu baru carik akunyer saluran darah..ye sakit..ngok ngek betul doktor ni...
tp disebabkan aku demam, xlarat nak bercakap..

doktor srh tunggu kat luar dulu, dalam setengah jam pastu doktor panggil.
baru la citer pasal-pasal sebab sebab apa aku g sepital..
yang mmg bestnya, blood result akan tau dalam 3 jam..
haaaaaaaaaa, giler ko orang demam nak tunggu sampai 3 jam..
patutla doktor yang amik darah tu kelam kabut amik darh...
jd la cam org bego dok kat kusi tu tunggu...
aku siap suh encik suami amik batal aku nak baring,
pedulik aper orang pikir...dah demamkan???

disebabkan ramai sgt yg demam kot, dalam 1 1/2 dah dapat result.
so, result darah macam ader denggi..dan doktor cakap kena admit ward.
pastu doktor tu tetanya doktor lain, xpyh admit tp ari2 kena check darah.
okla, dapat surat terus balik umah..kena banyak minum air & 100 plus..

esoknya aku pergi klinik utk cek darah, darah masih ok..
dapat ubat dan balik umah, kena minum air banyak2 gak..
tapi sebab demamkan, memang tak lalu tak makan dan minum.
dan malam tu anak aku plak start demam.
esok, aku pergi lagi klinik utk cek darah, kali ni bawak anak aku sekali..
disebabkan aku kurang minum air, aku punya bacaan darah naik.
dan disebabkan itu, aku kena hantar ke hospital klang untuk tindakan selanjutnya.
dan untuk anak aku, dia pun disyaki denggi dan sama kes dengan aku..
naik ambulan beramai-ramai ke hospital klang.

Mesti boringkan baca sebab cerita jer, gambar takde..
aku sambung dilain entry..taip pun dah penat..

Peraduan Earth Home di NSK

 Assalamualaikum.. Lama sis bertapa ye... Harap2 sis istiqamah untuk share peraduan yang on-going.. Nak menang moto gaisss.. Cuba join conte...