Monday, 25 June 2012

Ber"Trial" Ke Subang Jaya

Tarikh : 22 May 2012
Tempat : Komuter - Port Klang ke Subang Jaya
Cerita : Training

Ni cerita sibuk minggu seterusnya..*sibuk manjang..padahal online FB dengan baca blog orang tak sibuk.*
Nak dijadikan cerita, dah lama bos aku nak hantar aku training, tapi bos kepada bos aku tak setuju.

Nak dijadikan lagi cerita, bila baru-baru ni bos kepada aku propose untuk hantar aku training,
tup tup bos kepada bos aku setuju...* yang tulis pening, yang baca pun pening*


Bila bos dah setuju, aku pun nak tak nak terpaksa setuju...

" Baik bos"..dalam hati "Malas betul aku nak pergi"..

Nasib baik tempat training tu boleh pergi naik pengangkutan awam..hek eleh...
cakap je la naik komuter..kan senang.. siap ajak satu family buat trial pergi subang
jaya memalam buta.

Layan gambar trial ke subang jaya sehari sebelum training betul...

*nampak baik je memula*

*start dah, takmo duduk diam*

* lepas kena marah sebab tak reti duduk diam*

* nak gak masuk, sendiri amik le*

Tambang dari Port Klang ke Subang Jaya  @ RM2.90/sorang untuk pergi sahaja, jadi modal untuk pergi trial RM11.80 + makan = RM15.00. Kalo boleh claim mesti tiket tu aku mintak kat guard dia..

Cerita training akan ku sambung bila mood nak taip ada..banyak gangguan sekarang ni..

p/s : kualiti gambar aku cam hampeh sikit, amik gambor suma goyang..

Pinky sikit..

Tarikh : 12 & 13 May 2012
Lokasi : Ipoh dan Teluk Batik

Sajer tukar-tukar template dan design bagi pink pink gitu..motif tak tau ngaper..
padahal takde sapa tengok blog aku, he he he...suka-suka sendiri je.

Lama tak buat post baru..sibuk keje tak jugak, buat-buat sibuk..

Alkisahnya :

* 12 May & 13 May - pergi Ipoh, kawan kahwin dan berjimba-jimba di Teluk Batik..
* 23 May & 24 May - pergi training dekat Holiday Villa Hotel, Subang..
* Hujung bulan May  -  training 5S dan sibuk buat closing..
* Awal bulan June - sibuk sambung buat closing.
* 7 June - hari tu pun biasa jer..sibuk menghabiskan report..*orang yang sibuk wish birthday kat saya*
* 8 June - hari tu amat sibuk, semua kejar...report la, receiving la, stock la...saje jer...
* 8 June - apsal ulang tarikh??? sajer nak bagitau saya terkena jugak akhirnya...suprise birthday cake..
* Tengah bulan June - sibuk feeling2 filing2 dan membaling yang tak perlu ke tong sampah..
* Sekarang ni tengah June lagikkan - sibuk nak wat farewell untuk geng satu dept..

Itulah alkisahnya...layan gambar ke ipoh dan teluk batik...

~otw ke Ipoh, kemain lagik~ 

~Xtau kenapa anak dara aku wat camtu~ 


~dengan Timm~ 

~tunggu turn amik gambar~ 

~ I nak g mandi Teluk Batik U~ 

~ayah dan anak-anak~

~lea yang semangat nak main air, ntah berani ntah tidak~

~mak korek pasir cari remis, ada la jumpa sekor dua~ 

~pelampung yang kuning tu tertinggal, sajer je anak aku nih~

~mula2 takut bebudak ni, last-last takmo naik~

~budak ni happy sangat sebab dapat main pasir tanpa kena marah~

Balik dari Teluk Batik tu aku dan family tido di Kg. Paya Nibong, umah mak sedara.
Dan esok paginya baru bertolak balik ke Klang dan singgah Sekinchan kejap.
Kereta pun start buat hal, stereng bergoyang..almaklum lah, lama tak jalan jauh..

Itu baru cerita sibuk yang pertama...ader masa aku sambung lagik cerita sibuk yang kedua...

p/s : Tayar kereta bengkak rupanya..

Tuesday, 22 May 2012

~ Berkampung Di HTAR | Denggi ~

Tajuk : Bersambung ?? (Pasal admit ward 2nd time)
Lokasi : HTAR a.k.a hospital klang
Tarikh : 4/4/12, pukul berapa dah tak ingat

Tukar style entry sikit..Oklah, sambung citer pasal aku admit ward 2nd time. Dipendekkan segala citer,
aku kena admit disyaki demam denggi + keadaan jantung yang agak laju. Dan anak aku yang demam boleh discharge, tp tiap2 hari kena buat ujian darah. Sian encik suami nanti kena jaga 1 orang yang demam dan 1 orang yang lasak kat umah tu.

Kalau dah demam denggi ni, sesapa pun mesti tau kan, kena amik darah je kerjanya. Sampai lebam2 dibuatnya. Air berbotol2 la masuk. Setiap katil denggi mesti ada air 100plus. Jenis aku tak berapa suka 100plus, tp bagila nescafe ais tak pun teh ais mamak lagi sedap. Duduk la ward G2, ward dia kat bawah je. Senang sikit nak melawatkan.

~tengah makan, sibuk amik gambar doktor yg amik darah aku tadi~

Disebabkan aku ader tirod, aku kena refer doktor perubatan. Lepas refer, doktor suruh masuk darah. Takut gak la masuk darah, kot2 ader penyakit ke darah tu. Kan ader keluar berita darah ader HIV la,
ader ape-ape ntah virus la. Harap2 darah yang diorang bagi ok. Time masuk darah ni agak sakit sikit, sebab darah kan pekat. Lama gak baru habis. Masa masuk darah, kalo ada gatal2 kena cepat2 bagitau nurse incharge atau doktor. Takut darah tu tak ok. Alhamdulillah, masa masuk darah aku ok jer.

Lupa bagitau darah aku O-ve. Teringat masa belajar dulu, cikgu cakap sapa darah O dier baik, sebab dia boleh derma kat semua orang, tapi dier boleh terima dari darah yg sama je. Darah yang kurang baik adalah AB, sebab dia boleh derma orang jenis AB je. Tapi dier boleh terima dari semua jenis darah. He..he..he, kira aku baik la..Kesimpulannya semua darah sama, tapi kalo pergi derma lagi baik. Menambahkan darah di bank darah, sebab kita kekurangan penderma. Aku takleh derma, kan aku ader tirod...*alasan*

Kembali ke tajuk asal, bila pesakit dah masuk air berbotol2, demam dah ok, blood result dah ok, pesakit akan dipindahkan ke wad 7 plak untuk pemerhatian. Aku admit ward selama 6hari.

Dalam 6 hari tu :-
* 4hari kena amik darah dgn masuk air
* 2x masuk jarum sebab yg 1st tercabut
* aku disahkan tiada denggi, tapi pneumonia..bahasa senang jangkitan kuman pada paru2
* last sekali aku tak disahkan penyakit diatas, cuma demam biasa + tirod
* kena telan 13 biji pil dan iodin
* 9 biji pil tu aku bagi tong sampah makan *sorry to nurse & doctor*
* turun beli air kat kantin dia sebab kat ward tak ader air ais...*heaven bila dpt teh ais*
* pinjam paper, beli magazine + pen sebab nak cari barang tersembunyi & silang kata
* jumpa pesakit sebelah katil yang menjerit2 marah doktor masa nak amik darah
* kawan2 tepon cakap opis banjir...dan aku mangsa yang terselamat..haaa...
* Lea demam dan Alfi turut demam..*sian encik suami jaga sorang2*
* besok nak keluar baru ader orang melawat, he he he..nasib ader..
* ubat iodin tu kena makan titis dekat roti atau campur air, tapi berhati2 kalo kena gigi akan berkarat

Banyak lagi la citernya, tp dipendekkan lagi aku dah boleh discharge hari isnin 9/4/12.
Rindu kat anak2 yang tengah demam kat umah. Tapi bila balik, semua tak nak kat maknya...
Sedih tau..mungkin sebab demam, dah tu 6 hari tak jumpa mak..

Itulah kisah admit hospital dua kali..

Wednesday, 16 May 2012

~ Berkampung DI HTAR | Admit 2nd time ~


Entry ni sambungan dari yang lepas, pasal aku admit hospital 2x..
yang ni aku masuk 4/4/12 ~ 9/4/12..6 hari bertapa dihospital..
dan yang menyedihkan anak-anak aku ikut sakit gak...dua2 demam..

Yang aku pun mula2 demam, dah checkup kat klinik panel..
dpt la mc dgn ubat...bila makan ubat, badan macam ok..
tp nt demam balik, macam berulang2. tp dalam demam2 pun,
sempat ot hari ahad (1/4/12) double tu.., sebelum admit ward la..
hari isnin tu aku g keje gak, tp bertahan sampai kul 11 jer..pastu melepek kat surau ngan pantry.
dah tak tahan sangat, tengahari tepon encik suami suruh antar balik.
motor pun tinggal jer, tak lalu memandang motor..sian dier..

malam tu motor aku balik, macam dia balik sendiri jer gayanya..
sepupu suami tolong bawakkan, umah dia kat belakang umah aku jer..
malam isnin 2 aku g la hosital klang, sebab dah tak larat sangat..
anak2 tinggal kat umah pengasuh dulu..

kalo kat sepital klang ni, untuk demam ader bilik khas..
amik darah maser tu, tunggu dlm 15-30 minit dah tau result..aku pun tunggu..
smpi turn aku, doktor xtanya dah sakit apa..tp kelam kabut sibuk suruh duduk amik darah..
main cucuk dulu je, pastu baru carik akunyer saluran darah..ye sakit..ngok ngek betul doktor ni...
tp disebabkan aku demam, xlarat nak bercakap..

doktor srh tunggu kat luar dulu, dalam setengah jam pastu doktor panggil.
baru la citer pasal-pasal sebab sebab apa aku g sepital..
yang mmg bestnya, blood result akan tau dalam 3 jam..
haaaaaaaaaa, giler ko orang demam nak tunggu sampai 3 jam..
patutla doktor yang amik darah tu kelam kabut amik darh...
jd la cam org bego dok kat kusi tu tunggu...
aku siap suh encik suami amik batal aku nak baring,
pedulik aper orang pikir...dah demamkan???

disebabkan ramai sgt yg demam kot, dalam 1 1/2 dah dapat result.
so, result darah macam ader denggi..dan doktor cakap kena admit ward.
pastu doktor tu tetanya doktor lain, xpyh admit tp ari2 kena check darah.
okla, dapat surat terus balik umah..kena banyak minum air & 100 plus..

esoknya aku pergi klinik utk cek darah, darah masih ok..
dapat ubat dan balik umah, kena minum air banyak2 gak..
tapi sebab demamkan, memang tak lalu tak makan dan minum.
dan malam tu anak aku plak start demam.
esok, aku pergi lagi klinik utk cek darah, kali ni bawak anak aku sekali..
disebabkan aku kurang minum air, aku punya bacaan darah naik.
dan disebabkan itu, aku kena hantar ke hospital klang untuk tindakan selanjutnya.
dan untuk anak aku, dia pun disyaki denggi dan sama kes dengan aku..
naik ambulan beramai-ramai ke hospital klang.

Mesti boringkan baca sebab cerita jer, gambar takde..
aku sambung dilain entry..taip pun dah penat..

Monday, 30 April 2012

~ Berkampung Di HTAR | Apendik ~


Salam alaik...lama sungguh tak post entry..usah kata post entry, jenguk blog sendiri pun jarang-jarang...suka jenguk blog orang jerk...ni dapat post pun sebab baru dapat line internet kat opis ni..ntah aku tekan2 tiba2 lak boleh masuk google...yahuuuuu...tp jangan la temporary jerk..bagilah peluang kat aku lak..orang lain kat opis ni dah lama ader line...kenapa aku sorang jer baru ber"line"...kenapa, why, kenapa...waaaa... mengarut sudah...

Apa yang nak di post pun aku xtau...hak hak hak...
Citer la pasal aku masuk sepital sampai 9 ari tu...
Ni yang first, 4/3/12 kot..tarikh admit pun aku lupa...

~aku g sepital klang sebab aku sakit perut mencucuk-cucuk~

Kebetulan lak maser tu demam, jadi menguatkan lagi kesakitan aku..
so, doktor tu suh masuk jarum untuk masuk air, bg panadol, ubat tahan sakit..
lamer giler tunggu air sebotol tu habis..
bila ubat tahan sakit dah berkesan, dah boleh jalan aku kena jumpa balik
doktor 1st yang check aku..dan2 tu pulak dia tepon doktor bedah tanya pendapat..
dah 2 kena balik tempat masuk air tadi jumpa lak dktr bedah..
dah start risau sebab "xkan nk operate lagik?"...
doktor cakap kena admit ward..
sebab musabab utama, kemungkinan apendik..
sakit perut aku tu betul2 lak kat tempat apendik..
dan caranya adalah operate...xder cara lain...
waaaaaaaaaaa...bukan takut operate, sebab operate xrasa pun...
ntah takut aper pun aku tak tau...

~gambar merpati yang aku bela maser duk kat ward~

ha ha ha, xder makna nak bela burung..dia tunggu orang bagi makan..amik la
sekeping gambar wat kenangan...

esoknya, aku dah tak sakit..dah ok, tapi kan bila kita admit ward kan doktor incharge akan
tanya sejarah hidup..walawei...medical background la...
aku pun bagitau la aku ader tiroid dan jenis hyper, dan xmakan ubat setahun lebih..
doktor tu pun bla, bla, bla, bla citer simptom2 dan kesan2 kalo
xmakan ubat...boleh kata semua dia cakap 2, semua aku ader...
dan terus diagnos sebagai hyperthiroidism..dan bukan apendik..

dan 3 ari gak aku duk ward sebab nak dptkan apointment dgn klinik pakar perubatan,
bil kena RM45.00 dan ubat 180biji untuk 3 bulan...


~gambar blur~
~yang pink 2 ubat bagi slow denyutan jantung & terlampau pahit~



~sah2 la tangan aku~

3 hari gak xjumpa anak aku...rindu sangat2, en.suami xbawak anak melawat
maknya sebab takut nurse @ guard marah..anak aku kan kecik2 lagi..banyak kuman2 tak
diundang kat hospital ni..

dan kalo admit ward goverment ni, banyak la doktor2 praktikal akan soal2 kita..
kali ni aku layan sebab aku tak sakit, tp kalo time sakit tension gak kan..

yang sedih time ni, duit aku ngam2 je RM50.00, jadi dah bayar bil tinggal RM5..
tapi duit lain en.suami yang pegang..he he he..xder la sedih sangat sebenarnya..

yang aku admit lagi 6 hari, aku citer next entry...kang boring lak baca pepanjang sangat...




Tuesday, 31 January 2012

~ Dinner Di De Palma Hotel, Ampang ~


Ni citer sabtu lepas...dinner di De Palma Hotel Ampang sebab mak mentua belanja...
Kira satu family mak mentua aku plus kawan2 dia...Jadi orang kaya baru mak aku...
Dia baru kuarkan EPF tu yang belanja semua..alhamdulillah..


Desert...macam agar2 dgn dadih..2 cawan aku amik..


Aku main amik jer..ader lamb stew, sayur2 dan lain-lain ( tak tau nama)


seafood in ice...udang aku leh lagik makan, yg lagi satu...luah balik..


tepek la satu gambar aku...maser ni dah kekenyangan..

banyak lagi aku amik maser dinner ni, kambing bakar, ayam bakar, jagung bakar..
spagetti, kuey tiaw, aiskrim, kuih muih, nasi dan bebagai sup...
semua rasa sikit2 jer..kang overdose, kena bukak butang suar...
untuk anak2 aku yang xberapa nak makan, aku bagi kuih tak nak..
susah tul nak makan..tapi bila dapat aiskrim, laju jer...
waaa....

Tapi ader citer sedih sebelum sampai ampang ni..
kejadian berlaku di jalan klang-banting nak masuk kesas..
en.suami sibuk nak lap tangan, last2 tercium bontot honda...
waaaaa....nasib tak teruk, 100hinggit dia mintak..
en.suami cakap kalo hantar kedai baru dalam 20hinggit...
last2 itu orang terima offer untuk hantar bengkel biras en.suami..


* waktu kejadian...mase ni naik saga a.ipar..so diorang tak risau sgt, keta pun dah nak jual...

aper2 pun, semua dah settle..
thanks ti MIL sebab belanja makan..
tapi ader sorang anak buah ngadu..
" kalo macam ni makanannya, boleh kurus yati...semua tak sedap..."
biasa makan nasi..sekali makan ala-ala western..
terima kasih sudi baca..

Friday, 13 January 2012

Baru nak post entry di 2012

Tak tau nak letak tajuk ape..bolehlah...
Nak citer pasal keja, cam biasa...yang tak sabar nak tunggu increment dgn bonus..
agak2 beraper la naiknyer...lambat la plak bulan 2..

Pasal cuti raya china ni pun takder plan apa-apa, sebab roadtax keta belum renew..wa wa wa..
cuma yang best, dapat limau free banyak..agak2 5 6 biji sehari telan..badan pun hangat2 jer...
jangan sampai mc sudah...

Pasal tiroid aku, baru2 ni balik kg ader sorang nenek sedar tolong ubatkan...
Dia bagi kapur dan sapu la kt leher..kekadang miss jugak..
Harap2 boleh sembuh dengan tradisional..
Takmo operate2 dah...kesan yang dulu pun tak hilang lagi..

Pasal anak-anak, cam biasa..makin besar makin nakal..tapi ibarat nakal budak..
Makin marah, makin dibuat...tak boleh ditegur..ader je menjawab..
Yang sulong nak masuk 3tahun, cakap tak berapa lancar lagi...
Sebagai mak, jenuh gak nak memahami..
Kalo ayahnya, lagi la tak paham..
Maknya yang translate.

Gambar anak-anak + ayah..sumer ader merah..

Jumpa lagi dilain entry..

Peraduan Earth Home di NSK

 Assalamualaikum.. Lama sis bertapa ye... Harap2 sis istiqamah untuk share peraduan yang on-going.. Nak menang moto gaisss.. Cuba join conte...