Minggu ni banyak dah dapat kad jemputan kenduri kahwin...4 kad jemputan yang cantik2..2 area lorong rumah..1 sepupu di pahang, 1 lagi abang kepada biras aku kat klang...akan menghadirkan diri kalau tiada halangan...
Cerita pasal kejayaan nih kan, aku berjaya membuatkan Alfi berhenti isap puting..selama 2 tahun 4 bulan la lebih kurang dia isap puting...bagi aku satu rekod la, sebab aku dulu isap puting sampai umur 5 tahun.. itupun kena tipu dengan arwah nenek cakap puting kena
Alkisahnya, aku pergi pasar malam bawak Lea & Alfi naik moto. Tengah2 jalan, puting dia jatuh. Aku tak stop amik sebab puting tu jatuh kat tempat letak kaki motor. So, aku budget la nt sampai pasar baru aku amik. Sampai pasar malam, Alfi minta puting, aku cakap puting dia jatuh tadikan. Padahal aku sorok kat poket. Dah jumpa jajan, tak ingat la puting dah. Start malam tu, bila dia mintak puting aku akan balas
" Puting adik kan dah jatuh hari tu, mak tak amik..dah kena langgar keta."Yang Lea pun siap tambah perasa, siap cakap dah pecah..dalam seminggu la nak tidur mesti request nak ting, nak ting..tp bila cakap dah jatuh, pecah bagai dia diam jer..Alhamdulillah, takde puting Alfi boleh jugak tidur...
Masa ni Alfi mula demam, pastu kebah, esoknya keluar bintik2 merah.
Rupanya nak kena demam campak. Sian Alfi anak emak nih...
Ni kisah kegagalan aku plak..Lea dah nak masuk 4 tahun..tapi masih pakai pampers..Dah ajar kat rumah, tp asyik tipu aku jerk cakap nak kencing, tp g bilik air keluar jer dengan baju2 basah. Main air la tuh...Okeyla, aku bagi leka tengok kartun, bila iklan tanya nak kencing tak, jom g bilik air. Kekadang ok, kekadang tak ok..aku paham la yang dia budak lagik.
Yang aku geram, dalam 2 minggu lepas aku ajar dia tak pakai pampers, ok..nak kencing g bilik air, pastu cakap nak kencing dan tak main air..kira ok la semua..tak kencing dalam seluar. So, hari Isnin tu aku bagi pampers 4 keping jer, selalunya 6 keping untuk hantar ke pengasuh. Aku mesej pengasuh cakap aku dah ajar Lea 2 hari tak pakai pampers, so suruh akak tu tolong sambung ajar la kan..ye la, kat rumah cuma Sabtu & Ahad, kat rumah pengasuh Isnin sampai Jumaat. Aku suruh tak pakai pampers pun dari bangun tido dalam 10 pagi sampai 4 petang jer.. Dalam 6 jam...Kat rumah pengasuh kul 4 dah mandi petang.
Pastu dapat mesej cakap dia penat, sebab jaga ramai budak. Suruh aku ajar kat rumah.. Aku dah jangka, sebab ada budak sebelum ni mak dia tak bagi pampers kemain dia komplen kat aku. Sekarang anak aku lak kena..So, mengalah lah walaupun dalam hati geram sebab tiap2 bulan aku bayar penuh walaupun kekadang dia cuti, aku pun cuti, aku minta kurang sebab anak aku dah 4 tahun pun dia buat dek jerk. Pampers pun still pakai kan...Sabar je lah...
Ni la anak dara yang masih pakai pampers..
Camner nak masuk pra-sekolah tahun depan..
Ader 11 bulan nak train sebelum g pra-sekolah tahun depan..
No comments:
Post a Comment