Thursday, 10 January 2013

~ Jenjalan Di Setia City Mall ~

Salam kengkawan semua..

Sambungan dari wordless wednesday punya cite..memula nak main layang-layang, tp sebab anak2 tido, kitaorang decide pergi Setia City Mall sebab nak collect sample pastu bawak main kat playground.

Parking kereta kat tepi jalan je, dekat2 dengan playground. So, aku pergi sorang dulu collect sample. Jenuh la cari kat location, takde la plak..rupanya kat dalam Parkson. Jauh giler aku menapak..dah settle collect, aku pun patah balik kat playground. Rupanya anak + encik suami membuta sesama kat kereta. Aku ingatkan dah berjimba main kat playground. Sian juga nak angkat anak-anak yang tengah tido, tp memandangkan waktu dah nak petang sangat, aku angkat Alfi, encik suami angkat Lea..Alfi ok gak, mamai2 pun bila sebut main laju jer...Lea, termenung je dalam stroller tak nak main...

Masa awal2 buka Setia City Mall, takde pun air yang warna warni tu. Kali ni pergi dah ada..Tunggu sampai malam sikit baru best. Memang ramai giler orang kat Setia City Mall..Tengok la kat gambar, penuh kat tangga tu orang tengok air. Kat dalam Setia City Mall ni pun ramai sangat umat..

So, kita layan gambar air jer yer..gambar lelain takde..lepas tengok air, belanja anak-anak aiskrim terus balik rumah...
























So, sesiapa nak jenjalan tengok air warna warni tu boleh la pergi Setia City Mall.

No comments:

Post a Comment