Thursday 17 January 2013

~ Rezeki Yang Sekejap ~

Assalamualaikum...

Hari-hari buka blog, tapi tak sempat nak mengarang...

Cerita kali ni pasal encik suami..kehidupan sekarang memang memerlukan kita untuk ada kemahiran lain yang mendatangkan pendapatan, contoh macam selain bekerja kat opis, kita jual kuih atau jual kopiah..ehhh..contoh jer...

Alhamdulillah, encik suami diberikan kemahiran yang mendatangkan pendapatan. Rezeki di kala duit dah tinggal selai dua nak habis...

Tapi, setiap rezeki yang kita dapat, terdapat sebahagian untuk orang lain...dan di pagi Jumaat yang mulia, encik suami telah memberi sebahagian rezeki itu kepada yang perlu..

Cerita panjangnya begini...macam dalam novel plak...Hari khamis minggu lepas ada seorang pelanggan tempah racik, dan malam Jumaat tu orang tu datang untuk bayar dan amik racik. So, encik suami dapat la RM100.00. Boleh la menampung untuk duit minyak keta dengan beli barang-barang untuk racik.

Pagi esoknya, dalam pukul 10 pagi aku telefon encik suami. Pastu dia bagitau yang pagi tadi masa otw pergi keje dia accident. Haa...accident?? Yang aku pun tanya la teruk ke dia. Dia kata tak ada apa2, cuma keta la mencium keta depan dan dicium keta belakang..tercepit tengah2...adoiyai...Kes keta depan break emergency la..

Bahagian depan keta tak teruk, tp belakang kemek gak la..yang best, bila dah berenti, keta yang belakang boleh blah jer macam tu...mungkin dia tengok tak teruk..

Owner kereta depan just minta RM50.00. Okeyla, sebab tak teruk mana pun..bukti2 kejadian takde sebab tak amik gambar pun...

Alhamdulillah, dengan balance duit RM50.00 tu pun cukup untuk encik suami aku...Rezeki yang dipinjam sekejap jer sebelum dipulangkan pada yang hak..

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Talaq ayat 2-3)



Racik yang dah siap...sapa nak tau apa tu racik, sila la tanya cik google.

p/s : Bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah tentukan.

No comments:

Post a Comment

Peraduan Aiken CNY @ Guardian / Nationwide

 Assalamualaikum wbt..  Jom check another contest gaisss! Peraduan Aiken CNY @ Guardian Aiken CNY @ Guardian Contest Retailer : Guardian Con...