Monday, 5 November 2012

~ Izz Azzalea vs HTAR ~

Assalamualaikum semua..

Macam nak bagi tazkirah lak kan..oklah, sebenarnya byk citer nak di"entry"kan..tapi banyak lak keje-keje opis di samping keje-keje FB..alamak kantoi....

Ni nak cerita pasal anak sulong aku, Izz Azzalea. Lea ni memang kuat kimia chemistry dengan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang a.k.a HTAR...kalo pergi emergency mesti kena masuk wad..sampai takut nak pergi.. kekadang pergi klinik lain kat area Klang ni pun, akhirnya masuk jugak HTAR. 

Inilah kisah kronologi Lea vs HTAR.

@ Bersalinkan Lea secara ceaser sebab breech. Lea masuk NICU HTAR sebab jantung laju selama 9 hari.



@ Umur 8 bulan 2x masuk wad HTAR. 1st demam sampai suhu 40C dan admit wad sebab kecoh pasal H1N1. Rupanya nak tumbuh 1st gigi. Sejarah kau nak, nak tumbuh gigi masuk wad selama 3 hari.



@ Lepas seminggu keluar wad, masuk lagi sebab demam dan telinga keluar nanah. Demam tak kebah-kebah, rupanya ada jangkitan. Bertapa lagik di hospital 4 hari. 

@ Masa pregnantkan yang kecik, dlm 4 bulan kot Lea admit wad lagik sebab demam. Masa ni Lea umur setahun la. Dan boleh plak doktor salah interview. Dah nak habis baru perasan yang anak aku perempuan dan fail yang dipegang tu budak lelaki yang punya. Haru betul doktor ni, patut la dia asyik tanya anak aku ada sawan tak. Sebab budak lelaki tu kena sawan. Mungkin sebab ganggu waktu tido doktor kot, admit pukul 2 pagi dan bertapa gak la 3 hari.

@ Dah besar sikit jarang masuk wad, tp asyik ke kecemasan HTAR jer la. Demam la, batuk la. Tukar plak si Alfi yang masuk wad. Tapi cuma sekali jer. Sebab tonsil bengkak. Itupun mild jer. 

@ Dan sepanjang 3 1/2 tahun umur Lea ni, dah 4 kali kena amik gas kat HTAR. Yang terbaru awal bulan 10 hari tu. Bila batuk dia non-stop pastu mula la nafas berbunyi. Jantung nampak laju sangat. Risau takut kena asma. 




* Dah sihat kemain lagik *

@ Lea jugak dah 2x masuk kecemasan bahagian separa kritikal, kiranya yellow zone kat HTAR. Dan dah 2x gak naik ambulans ke HTAR. Dua-dua dalam tahun ni. 1st, masa bulan 4. Yang ni aku demam, Lea demam dah tu berjangkit lak kat Alfi demam. Encik suami sorang jer antibodi kuat. Tp sebelum tu, aku dah admit wad suspect apendik. Yang ni suspect denggi. Dah 3 beranak suspect denggi. 


* citer aku admit ada di entry kat sini dan sini*

@ 1st pergi HTAR naik ambulan dari Klinik Aneka Klang sebab Lea dan aku suspect denggi, aku yang admit wad, Lea boleh balik. * Masa ni ada orang kurang siuman sikit, berlegar sana sini. Siap main wheel chair lagik *

@ 2nd pergi HTAR dari Klinik Bukit Kuda, dan hari tu banyak betul dugaannya. Yang ni kisah sehari sebelum raya haji baru-baru ni. Lea ni mata yg putih tu ada kuning sikit, ramai yang tegur tanya Lea sakit ker.  Takut jugak kan, jadi bawak check-up la mana tau jaundice kan. So, nak dijadikan cerita doktor bagi surat suruh pegi HTAR sebab ada sikit simptonnya, iaitu demam (38C), mata kuning dan hati bengkak. Di pendekkan cerita, sampai la aku di HTAR 3 beranak. *Encik suami di sementa, tersadai sebab moto jammed*
Anak-anak yang hyper bukan kira tempat nak main. Doktor dgn MA pun buat dek jer. Lagi suka la anak-anak aku main. Lari sana dan sini. Bahan bukti takde sebab hp aku bateri kong. Maknya jadi tarzan jerit2 suruh duduk. Datang doktor, tanya sakit apa. Disangkakan aku yang sakit, sebab dia kata muka aku familiar. Biasalah doktor, kalau bukan aku sakit mesti anak sakit. Adalah dalam 1 jam, baru la doktor check si Lea ni. Doktor cakap tak ada apa-apa sebab semua simpton tu tak ada. So, boleh la balik beraya haji di pahang. * Masa ni pun ada orang kurang siuman sikit, terjerit-jerit siap lari2. Last2 kena ikat dan tido*

Simpton-simpton 
  1. Demam.
  2. Keseluruhan mata putih kuning, macam baby kena jaundice tu.
  3. Badan pun kuning.
  4. Air kencing berwarna teh 'O' pekat.
  5. Warna najis kelabu.
  6. Letih dan tak bermaya.
Okla, itu je kisah Lea dgn HTAR. 

p/s : Kesian kat anak-anak bila sakit. 



No comments:

Post a Comment

Peraduan Aiken CNY @ Guardian / Nationwide

 Assalamualaikum wbt..  Jom check another contest gaisss! Peraduan Aiken CNY @ Guardian Aiken CNY @ Guardian Contest Retailer : Guardian Con...