Tuesday, 31 December 2013

~ Kenangan 2013, Harapan 2014 ~

Assalamualaikum wbt...

Tajuk kemain omputih....
Semua orang post pasal kenangan 2013...
Dan harapan 2014...
Aku pun nak jugak...
Entry last di tahun 2013...

Esok, Lea dah nak register tadika..
Dah 5 tahun anak dara kerinting aku tu..
Harap2 dia macam mak dia gak..
Tinggal je kat sekolah, tak menangis langsung...
Ha ha ha..mak dier brutal dulu, mana ada nangis...
Kelengkapan dah 80%, tinggal baju je belum amik...
Esok bayar yuran dan setel apa2 yang patut..

Sepanjang tahun 2013..macam2 dilalui...
Ada gumbira...ada gak berduka...
Ada gak kelakar..Ada gak menyampah..

Macam awal tahun dulu..
Aku masih boleh pakai baju saiz M..
Sekarang dah tak muat...dah tukar ke L...
Takut lama2 naik XL....huarrrrrrr...

Aku dulu hyperthyroid...tu pasal makan apa saja, badan maintain 60kg...
Aku memang tak makan ubat hospital, alasan ubat pahit dan banyak sangat...
Bila aku berubat kampung, serasi plak..padahal sekali je aku makan ubat nenek tu..
Dan-dan sekarang dah 70kg lebih...huarrrrrr lagik...
So, azam 2014..aku nak berat 60kg baru la BMI aku ok...itupun dah last phase untuk standard weight...

Dah beranak dua ni, urat pun dah banyak putus..
So, dah limited sikit ingatan aku..
Kisah raya pun ingat-ingat lupa...
Kisah contest pun tak banyak aku ingat...
Bila ada publish kat blog baru teringat, ohhhh..aku pernah menang ni rupanya...
Haru sungguh...
So, azam 2014 nak rajin update blog sebagai reminder or lebih kurang dairi lah..

Tahun 2013 ni pulak, Lea disahkan ada asma...
Kerap kali amik neb, doktor dah start bagi inhaler kat rumah..
Tapi mak degil, kengkonon tak nak bagi anak bergantung kat gas...
Last2 anak yang merana...sebulan sekali mesti pergi emergency...
Ubat kampung belum try lagik, masih mencari yang serasi...
Rawatan alternatif dah usha2...
Azam 2014, nak amik berat sangat pasal kesihatan anak2..
Sebelum ni pun bukan bermaksud tak ambil berat...sapa tak sayang anak kan...
Tapi macam tak cukup amik berat...
Lea ni dah la terlebih aktif...

Tahun 2013, tak banyak menang contest..
Sebab aku malas dan masuk sekadar melepaskan lelah di tangga..
Macam tak berapa nak rancak la..
Sebab bila kemain masuk, tp tak menang tu memang hampa...
Tapi itulah rezeki masing-masing...
2014, kalau nak menang macam2 macam orang lain, kena la usaha lebih banyak...

Tahun 2013 gak, pertama kali aku tender surat resign...
Macam tak percaya lak aku g interview, pastu boleh dapat offer tinggi...
Mungkin berkat Dhuha yang aku baru start...
Tapi, sebab bagi aku tempat lama aku ni banyak kenangan, aku tolak...
Berjurai2 gak air mata ni tumpah....
He he he he..masih di tempat kerja lama...
Tapi kerja bertambah, selaras dengan gaji yang bertambah...
Azam 2014, kerja kena siap ikut dateline dan buat betul2...
Kena buktikan yang kita layak untuk jawatan tu...

Kebelakangan ni, aku rasa diri aku makin suka melewatkan sesuatu benda atau kerja...
Contoh macam kerja...
Dateline hujung bulan, lagi 2-3 hari hujung bulan baru menggagau..
Dah kena ot sampai malam....
Sian kat anak2..
Lagi satu contoh yang tak baik..
Aku suka sembahyang lambat..
Zuhur lebih kurang 1.30pm, tp dekat2 pukul 3.45pm baru aku buat...
Memang teruk betul aku rasa...
Padahal sembahyang awal waktu lagi afdal..
Salah aku sendiri sebab tak pandai manage diri sendiri..
Azam 2014, kena re-schedule diri sendiri...umur dah meningkat..
Kena muhasabah diri...perangai tak elok, buang atau delete...
Time management untuk diri sendiri....
Gunakan social network yang ada untuk tambah nilai yang berguna...
Jangan lalai dengan teknolgi terkini...

Tadi konon nak karang sikit jer..
Dah melalai panjang berjela..
Kalau ikutkan setiap hari kita berazam..
Berazam nak lebih baik dari semalam kan..
Aku pun...

Banyak lagi benda or perkara yang perlu aku buat dan ubah...
Puasa ganti aku ada lagi sebulan, then kena kira fidiyah puasa..
Nak lebih berkeyakinan lagi dari segi communication..
Nak improve english vocab aku...
Nak banyak bersedekah..
Nak belajar mengaji balik...
Nak buat fixed saving....

Kalau nak listkan memang panjang...
Kira bukan azam 2014 lah semua kat atas tu, lebih pada azam hari2 kan...
Nak itu dan nak ini....
Dan sebagai makhluk Allah, yang penting, nak lebih dekat denganNya...
Menjaga hubungan denganNya...





Selamat Tahun Baru 2014..
Salam 29 Safar...
Dunia semakin tua, kita juga...
Berubah untuk yang lebih baik dan lebih dekat denganNya...
Insya Allah...


Thursday, 19 December 2013

~ Kongsi || Fadhilat Surah Al-Kahfi @ Gua ~

Assalamualaikum w.b.t..

Page Hlovate, selalu mengingatkan pasal Al-Kahfi..
Seingat kita dah tahu semua benda, tapi sebenarnya masih banyak yang kita tak tau...
Masih banyak....
Aku cari-cari dan aku tanya....
Inilah jawapannya...

Hlovate siap bagi step or cara untuk kita baca Al-Kahfi untuk yang sibuk urusan lain..
Split 3, mcm mane..terjah page Hlovate...

Aku tekan ctrl A, pastu ctrl C dan aku tekan cntrl V...
Jadilah, inilah kandungannya...
Benda baikkan...
Patut kita kongsi...




Surah al-Kahfi & Kelebihannya
Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

1. Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat." 

(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:

"Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya."

(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

3. Daripada Abu al-Darda' bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:

"Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal."

(HR Muslim 809)

Surah al-Kahfi

Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. 

Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan "in sha' ALLAH". Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. 

Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut "in sha' ALLAH" tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut "in sha' ALLAH" tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.

Sumber : Youtube Pemuda Sepang

Nota hujung : Aku pun masih mencuba...

Thursday, 12 December 2013

~ Peraduan Yang Terhangat Di Pasaran ~

Assalamualaikum w.b.t..

Dulu-dulu, selalu tulis kat ruangan hobi membaca buku...
Kira hobi termaktub dari kecik sampai beso..
Dah beso sikit, tambah melayari internet...
Tapi nampak macam tak sesuwei plak...
Mesti orang tak nak amik keje ke hape..
Kejenya mentenet jerk...
Tapi sekarang tidak lagi..
#macam iklan pencuci baju plak#

Sekarang dah boleh tulis masuk peraduan...
Kih kih..tapi tidak la setegar mana pun...
Takde la hari2 terima call..Tahniah dot dot dot...
Surat pun dah jarang2...Congratulation dot dot dot..
SMS pun kadang2...Anda Adalah Pemenang dot dot dot...#selalunya SMS kutip hutang je banyak#

Selaras dengan hobi yang tak tegar mane tu...
Asyik2 kejenya mengutip borang peraduan jer...
Tak kira apa yang ada kat kaunter CS tu semua rembat..
Sekali balik tengok resepi pun ada...
Gigih sangat nak rembat...
Walaupun kekadang aku tak mampu nak join, tp aku amik je la...
Habis due date masuk kotak je la...



100plus + 7E..
Beli 2 botol, kira logo dan tulis slogan 100plus..
Due date : 29/12/13



Schwarzkopf
Resit RM30..
Due date : 29/12/13



Diapex + Giant
Resit any amount
Due date : 31/12/13



Susu F&N 
2 label tin
2 kategori hadiah..
Due date : 30/1/14



Lion
Resit RM15
Due date : 31/12/13



Ragu #jangan ragu-ragu#
Beli 2 botol..Resit..
Due date : Lupa plak...tp baru jumpa form minggu lepas kat Aeon Big


Shin Ramyun
Resit, beli 5 peket...
SMS & Facebook
Due date : 31/1/14



Bros + Aeon Big
Resit
Due date : 2/1/14



Paper Mate
Resit RM15, story..
Due date : 18/1/14



NTPM + Aeon Big
Resit RM30..
Due date : 31/1/14



Nivea + Guardian
Resit RM20
Due date : 31/1/2014



Tropicana Twister + Giant
Resit 4 botol 355ml / 2 botol 1.5L
Due date : 31/12/2013




Vico
Resit RM10, kira logo dan susun kegemaran...
Due date : 31/12/2013



PTS + Aeon Big
Resit RM50
Due date : 31/1/14


Permanis + Giant.
Due date : 31/12/13



Tender Soft
Due date : 31/1/14

Banyak lagi borang2 peraduan yang ada..
Aku pun lupa nak snap2...
Mana yang sempat jer..
Kalau tak bz boleh la aku update lagi...

Sharing is caring...
Nak jugak tu...


Friday, 29 November 2013

~ Lea Masuk Sepital 2 Hari ~

Assalamualaikum w.b.t...

Tajuk entry diatas dirujuk...
Sekian, terima kasih....
Ok, bhai..

Ada gak merasa penangan batu lesung kan..
He he he...

Dah lama rasanya Lea tak admit...
Minggu lepas 22/11 - 24/11 Lea admit sebab asma teruk..
Selalunya kalau Lea warded sepital mau 3 hari ke atas..
Jarang la sehari ke 2 hari dah discharge..
Aku pun lega sebab tak payah nak aply leave..
Kebetulan warded hari jumaat malam..

Alkisahnya, Lea memang dah start batuk seminggu sebelum warded...
Dan hujung minggu 16/11 - 17/11 tu kitaorang balik kampung...
Tujuannya lawat makcik suami warded hospital Tg. Karang...
Disebabkan cuaca yang lembab, pastu Lea yang tak reti duk diam..
Asyik nak dukung kucing je, pastu malam lak pakai ubat nyamuk lingkar tu...
Dah tu ke hospital Tg. Karang gak, sebab nampak teruk...
Lepas amik neb, terus aktif balik...

Esoknya, 18/11 tu memang ada appt dengan doktor pakar...
Doktor bagitau ada jangkitan kuman dan on AB...
Tapi still ada batuk dan kerap amik gas...
Seminggu tu bergilir la aku dengan inche suami amik cuti jaga Lea..
Hantar pengasuh hari Khamis dan Jumaat je...

Jumaat malam dalam pukul 12 malam, Lea batuk2...
Aku sapu dengan minyak bawang putih yang aku buat sendiri...
Dan bagi minum air zam zam...
Tetiba Lea menggigil dan macam kejung2...
Mau tak gelabah...takut sawan kan...
Cepat2 capai apa yang patut terus g HTAR..

Dekat bilik asma, Lea kena amik 2x neb..
Tapi still tak ok, so doktor kata admit..
Aku da ready dah sebab tengok Lea bernafas macam payah..



Hari 1st, kena pakai oksigen sebab nafas tak stabil...
4 jam sekali amik neb...
So, petangnya dah aktif seperti selalu...
Doktor pun cakap, aktif je lompat sana sini...

Hari ke-2 dah serupa rumah dia buat...
Lompat sana sini..pergi buat lawatan ke katil2 orang lain..
Tp kebanyakkan baby yang admit ward...
Masih amik neb dan on AB, cuma off oksigen..

Petang sikit doktor bagi discharge sebab nafas dah ok..
Bunyi asma pun dah kurang...
Admit kali ni ramai sedara belah suami yang datang melawat Lea...
Sebab makcik suami dr sepital Tg. Karang pun kena transfer HTAR..
Suka la dia, sebab dapat duit sedekah dari sedara mara...




Boring2 duk kat wad tu buat la video..
Kebetulan gambar kat hospital semua corrupt..
Yang tinggal hanya video dan sekeping gmbr kat atas tu ha...

Duduk sepital 2 hari jeeeee....
Bil hospital RM3 jeeee...
#Lea bayar sendiri pakai duit dia#
Tapi belanja lelain, lebih RM100 hengget..
Minyak, makan dan etc..
Claim pun tak dapat banyak tuh..

Yang penting Lea dah sihat...Alhamdulillah....
Kesian dengar dia batuk malam2...
Kita yang tua batuk pun kekadang perit..
Inikan lagi budak...
Menangis je la yang dia boleh buat..

Pasni kena carik rawatan alternatif...
Macam homeopathy or rawatan perubatan Islam...
Sebolehnya tak nak Lea bergantung dengan pam dan gas...

~ Wassalam ~

Wednesday, 27 November 2013

~ Buat Duit Melalui Halaman Sosial ~


Assalamualaikum w.b.t...

Tajuk entry hari ni kemain ko...
Boleh buat tajuk pembentangan dah...
Sekali baca macam eh...betul ke apa aku tulis....
2x baca, boleh la faham...aku la..korang??
Takde unsur2 ganas, lucah atau seandainya....

Sebenarnya aku bukan la pakar sangat pasal tajuk kat atas...
Cuma bila orang citer pasal buat duit, sumpah semua orang akan teruja..
Cam aku la, yang duit gaji ciput jew...kot2 la boleh menambah hasil 1 ke 2k...
#semangat#

So, banyak cara sebenarnya...
Dari yang jual barang...aku rajin tengok jer..
Dari yang jual service...macam2 ada..
Dari yang rajin share...aku rajin sikit-sikit.. 
Dari yang rajin tulis...aku tak berapa nak rajin...
Dan macam-macammmmmmmm lagi...
Panjang m tu sebab memang banyak giler cara nak buat duit secara halal...

So, aku pun terpengaruh la....
Kata nak menambah hasilkan..
 Tapi rajinnya sikit...
Terpengaruh je banyak....
Macam mana nak cepat kaya...

Kat bawah ni antara page yang aku dah sign up...
Tapi korang mesti gelakkan..
Ala, dapat ciput tp sibuk nak cerita bagai kat blog...
Hallooooo, kan aku dah tulis kat atas yang aku ni rajinnya sikit..
Pandai2 la korang paham...
Aku citer ni just nak kongsi apa yang aku tahu...
Dan aku citer kat blog sebagai reminder kat aku yang dah pelupa banyak...
Aku ni kekadang sign up, pastu tinggal...dasar pelupa...
Kalau ikutkan banyak lagi blog2 lain yang citer pasal buat duit ni...



Nuffnang - adalah 18 hengget jer...
#Itupun sendiri klik, kantoi#
Mula2 buat blog dulu, aku tak tau pun pasal nuffnang nih..
Kira buat blog sajer suka suki...
Tak tau pun buat blog boleh dapat duit...tak tipu...
Lepas sekodeng blog2 orang...Dah tu tanya kat member2..
Baru la tau...tp tak kisah pun, sebab aku tak ramai follower pun...
Kepada yang follow, terima kasih berjuta2 lemon...
#Sedor diri#



ChurpChurp - adalah 5 hengget...tak rajin ngeshare pun...
Sign up sebab caranya senang...
Dah senang2 pun malas lagi kan nak share...
Ikut mood aku bila nak share...
Ikut mood kengkawan jugak nak klik link yang aku share...
Jangan la mara yer, asyik2 nama aku jer yang share...
Carik income lebih sikit...sikit je...
He he...#ttayang gigi#



8share - adalah 8 hengget jugak...
Yang ni pun senang sangat...share dan share...
Share selagi kau mampu...
Bagi yang banyak account dalam social page, untung la...
Tapi kalau nak berjaya cam orang lain...
Kau sanggup hadap apa orang lain akan kata...
Tak kisah la orang kata direct or non-direct...
Yang aku ni lak jenis pikir perasaan orang lain...
Sebab sah2 kena kata dengan kengkawan..
#Walaupun diorang tak cakap kat aku la#
Sebab apa korang share akan menyemakkan dinding2 rahim FB dan dll diaorang...
Bagi orang tak kisah dan kengkawan banyak support memang best...
Senang2 boleh cash out ratus2...
So, lai2 tolong klik sikit...
#Promote nampak, double jerk#



Exabytes - 50 hengget tu pun free...
Yang ni sign up pun sebab free, dah tu dapat 50 hengget terus..
Dari mula2, sampai sekarang masih 50 hengget...
Tak tau bila nak bertambah...
Pasrah je la...
#Aku pun tak paham benda nih#

Itu je yang aku ada pun...
Kesimpulannya, memang senang make money via social page ni..#Omputih teruih#

Antara resipi asam masak merah kejayaan adalah :- 
Bahan pertama, rajin petala ke 7..
Bahan kedua, semangat berapi2 yang tak padam2...
Bahan ketiga, sanggup jadi bahan oleh kengkawan...
Bahan seterusnya, pikir la sendiri....

Banyak lagi korang boleh explore sendiri...
Google kan ada...
Dari hari2 hadap FB, blog dll...
Sesambil tu boleh buat duit...sesambil juga kita derma duit...
Dan boleh gak sesambil tu senyum sorang2...

Lupa plak nak habaq mai...
Kalau korang kaki contest tegar megar segar bugar...
Pun senang nak buat duit or dapat gadjet free or apa2 yang free la dari social page ni...
Ni kisah contest online la...offline lain citer..
Kebanyakkannya, tak payah modal duit pun..
Modal idea yang kreatif dan lain dari yang lain..
Modal ramai kawan2 yang sokong..eg, yang kena like or vote...
Modal pandai ambik gambar yang cun2 dan buat slogan terbaik wok...
Modal rajin carik page yang ada contest...
Dan yang penting modal dari segi masa...
Sesetengah apps atau game atau contest kena alert setiap masa...


Pesan atuk aku : Aku tak buat research pun, taip, up gambar, terus publish...
Jadi, kalau korang rasa entry aku cam salah, tegur tau..
Kalau korang rasa entry aku cam tak betul isi kandungan, pun tegur tau..
Kalau korang rasa entry aku ni cam tak cukup, bagitau ler, kot2 aku boleh tambah lagi...
Kalau korang rasa entry ni cam berlagak bagus, korang boleh komen...no hal...
Aku pun bukan la bagus sangat...hanya menyuarakan apa yang otak aku pikirkan..

Terima kasih baca blog aku nih...
Sekadar bercerita...

Thursday, 21 November 2013

~ Makan - Makan | Fullhouse Setia City Mall ~


Assalamualaikum...

Ini cerita lama sesangat...
Sebab dah ada dalam draft, aku up jugak la entrynya..
Nak delete terasa kesian, kesiat kat diri sendiri...
Penat2 taip, pastu delete....kan kesian kat jari jemari ai yang comel2...

Okey, kat Fullhouse ni pun first time makan..
Poyo la sikit...nasib la makan free...
Jadi poyo kuasa 2....FOC kot...
Selalu dengar orang cakap jer..
Selalu tengok kat blog orang jer...

Taip pepanjang, tapi gambar tak gak muncul2...
Jom layan....



Fullhouse..rumah penuh or penuh rumah????



Setia City Mall..
Tak tau nak bagi direction..
Korang sampai sana nt, carik je kat map direction dia...



Geng2 office sedang memilih makanan yang paling mahal...
Ada sayup2 suara sumbang berkata...
Jangan amik set lunch..kalo boleh amik yang mahey sikit..
Habiskan apa yang diperuntukkan...
Tak baik kan membazir...uolls...
Tak gitu kengkawan....



Memasing terkujat..ye la, semua first timekan...
Ada yang pakai jug ko...kat umah kemain pakai gelas...
Sekali kat sini jug yang diserve...
Ada plak yang melebihi ketinggian sendiri..opssss..



Ni ha menda yang aku amik...
Jgn tanya ape kenamanya...



Aku amik air ni...
Tak silap aku banana ntahapantah...
Jenuh plak nak gayakan minum dalam jug...



Nak gak interframe...

Itu je la nak citer...

K...

Friday, 15 November 2013

~ Macam Tak Ada Jer, Macam Ada Jer ~

Assalamualaikum w.b.t...

Agak2 aku tak update blog hari ni, minggu depan genap la sebulan tak ada cerita...
Asyik2 jalan pantai remis punya cerita jer...
Heh heh...bukan sebab malas tau..
Hari2 buka blog, tp tengok blog update member lain jer...
Ada citer menang itu, ini...#jelesnya#
Ada citer pasal baby...#bestnya#
Ada citer pasal g holiday...#seronoknya#
Yang terbaru, pasal UPSR...#tahniahnya#

Tension tau tengok diorang nih..
Ada jer nak citer...
Yang aku ni ha, kering kontang...
Nak citer menang itu, ini...takde menang pun..
Nak citer pasal baby...anak dah besar pun...
Nak citer pasal g holiday...keadaan tak mengizinkan pun...
Nak citer pasal UPSR...anak kecik lagi pun...
Tapi ada la anak buah belah suami sorang UPSR..

Update gak la hadiah tecik2...
Rezeki dari Allah, yang penting Syukur Alhamdulillah...
Takde modal, yang penting rajin masuk, rajin g collect...
Nak guna tu tengok produk dan keadaan la...
Berbaloi or tak..



Produk Melvita Rose - Glam Magazine



Voucher Jojoba Spa - Her World Magazine



Due Date : 31 Dec 2013 - Nak letgo murah2 jer...



Yang ni kira hadiah ker? Yang penting FOC...
New flavor from Doublemint...



Voucher Heinz RM15..
Minimum spending RM20..
Aku tak pergi rasanya, jadi sesapa nak bagitau, boleh aku bagi jew...



Mug Limited Edition - Leno Giveaway...
Belum boleh collect lagi...



Voucher RM 600 - Malswisse Lucky Beauty Wheel 
Yang ni tak pasti betul ke tak..
Macam tak percaya jer...
Kang g sana kena bayar lagi...



RM30 Zalora Voucher...
Kena spend RM99...

Apa2 pun, Alhamdulillah...
Sapa nak bagi free kan...
K..Bhai..


Thursday, 24 October 2013

~ Jalan - Jalan | Pantai Remis Jer ~

Assalamualaikum w.b.t...

Citer lama nih, standard la kan baru nak buat karangan...karangan lagi tu...
Itupun sebab ada gambar, kalau tak ada gambar memang takde la karangan ye pun...

Request dari anak2 yang naik main pasir, nak main pasir...
Ye arr, kat rumah cuma ada tanah dan jalan tar...
Tak best la korek2 tanah kan...lain la kalau nak buat batas sayur ker..
Memang aku kerah diorang main korek tanah...
Pasir pun bekas2 orang buat rumah..so pepaham la pasirnya macam mana...
#jadi toilet kucing semedang#

Kebetulan nak balik Sekinchan, singgah la jap Pantai Remis...
Selalunya kitaorang tak singgah sebab selalunya balik petang..
Sampai area Pantai Remis dah senja...
Tak adventure la main2 pasir, pastu dah kena hambat balik...
Tapi hari tu balik awal sebab inche suami cuti...
Boleh la melepaskan gian anak2..
Dan kebetulan kat Pantai Remis air baru nak pasang...
Sempat la jumpa pasirkan....
Dan aku pun turut serta...
Hobi yang telah lama aku tinggalkan...



Arai banar si Lea...



Dah bagi main pun muka tak puas hati lagi ker?



Kebetulan air dah naik sikit...
Terus tukar dari main pasir ke main air...
Anak2...



Masa ni panas giler, tapi bebudak bila dapat main...
Tak kisah pun...yang penting main la gak..
Aku sampai tak leh buka mata sebab panas tepi laut ni kan lain sikit..



Layankan je la...



Bila anak2 dah main air, aku lak amik alih main korek pasir...
Seronok woooo, sebab aku bukan korek buat2 istana ke hapa...
Tak main la istana istani nih...
Aku korek2 cari menatang nih....
Korang tau ke? Ni la penduduk asal pantai nih...
Sempena dia ni la pantai ni dapat nama...
Ni la remis versi cun2...



Dah nak balik dah, dah basuh segala bagai...
Sempat lagi si Alfi ni...
Nanti la mak request kat ayah ko suruh bawak balik seguni beras pasir...

Itu je..jom makan...

ps : Arai banar = Suka sangat...
pss : Cerita ni mengimbau balik kenangan masa jaman2 gadis sunti...naik beskal, ajak sepupu, bawak sudu + plastik..dari pantai parit 7 sampai ke parit 8...mencari remis...sama la cam anak aku gak, sanggup berpanas..padahal remis je dapat sikit je..tak sampai 1/2kg pun..tp seronok la...dedulu mana ada cybercafe nak menghabiskan waktu..kamera pun takder..jadi memori simpan dalam kepala je...


Tuesday, 22 October 2013

~ Laju-Laju Update Hadiah | Takut Lupa ~

Assalamualaikum wbt..

Memang hari2 buka blog, tp tengok jer...
Dari hujung bulan September sampai la ke hari ni, kepala masih serabut...
Dengan dapat tawaran keje lain...
Pastu bila dah tender surat resign, 3-4 kali kena panggil...
Dah la aku ni badan je besar, tapi hati kecik...
Sesikit nak nangis...huduh no muka nangis...
Lagi2 dah tua kan...#sedor#

Dah confirm resign, bos lak offer lagi..
Dah la aku ni cepat kesian, sudahnya aku masih disini...
Rezeki masih di kilang plastik...bukan di kilang coklat...
Kalau tak confirm makin gomuk aku...
Menkentedarah coklat jew...

La ni serabut lak pikir pasal nak tolak tawaran keje kat sana...
Aku ni kan cepat kesian...
Harap2 diarong kat sana pun kesian kat aku ni ha...

Dah tu sakit kepala lak menyerang dalam serabut2 tu
Bukan sehari, bukan 2 hari...Masalahnya, berhari2 tak hilang...
Pergi goverment, power rabun dah bertambah..katanya...
Pergi swasta, migrain rupanya....telan sebiji pil, sihat terus seperti sediakala..

Bila la nak up cerita hadiah ni kan...
Entry pembukaan panjang berjelakan...
Cerita hadiah pun panjang la sangat...
Sebab dah lama, ntah2 tak ingat...



Voucher dari Worthy Book..



Macam2 voucher la ada...



Yang ni pun, macam2 ada..tp semua aku rasa tak berbaloi untuk aku...
Heh, jadi terperuk la kat celah mana2 yang aku pun tak tau dah..



Hadiah dari Clean & Clear..
Jawab soalan kat FB.



Benda ni tiba2 je inche suami dapat...
Hadiah ke, sample ke aku pun tak tau...
Yang happy anak2 la...ingat mak ayah beli mainan utk diaorang...



King's Grand FB contest..dapat voucher ice cream..
Rasanya semua yang join, semua dapat voucher nih...
Okeyla, aku ni kan hantu ice cream...



Selamat dah terima, dan dah selamat pun ditebus...
Cuma makannya je belum...



Daily Prize dari Kleenex Share The Softness...
Satu nama sendiri, satu nama inche suami...



Nama inche suami lagi...
Kira hadiah birthday inche suami la yer...



Bergambar dengan kotak jew, isi tinggal 1..
Boleh la..layan je la...



No. 39, hadiah saguhati..
Bersyukur sangat sebab terpilih..
Ingat senang nak menang contest offline nih...
Bukan sikit yang masuk...



Jimat la belanja beli pampers untuk 1 bulan ++..
Sebab Alfi je pakai pampers siang, Lea dah stop..



Hadiah dari majalah Her World..
Tak tau bila nak collect...



Lepas post je entry hari tu, kemain banyak lak hadiah yg sampai..
Pastu, dapat email dari majalah Glam menang September promotion..
So, dah ada 2 hadiah kena collect kat Blu Inc, so tunggu masa free la pergi collect..

Untuk jimat waktu aku dari taip entry baru, aku update je entry nih..
Dasar malas tahap gaban...#bz memanjang#
Itu je kot khabar kegembiraan setakat ni..
Harap2 ada lagi khabar gembira seperti di atas...

K..Bhai..

Peraduan Aiken CNY @ Guardian / Nationwide

 Assalamualaikum wbt..  Jom check another contest gaisss! Peraduan Aiken CNY @ Guardian Aiken CNY @ Guardian Contest Retailer : Guardian Con...