Wednesday, 17 April 2013

~ Mahal Belaka | Semuanya Memerlukan Duit ~

Assalamualaikum w.b.t...

Kali ni macam nak buat sesi luahan perasaan...sesambil buat2 keje, sesambil taip entry...

Kes 1

Balik keje, malas masak...ajak suami makan luar kat satu kedai baru...kedai tu siap gantung basikal kat bumbung...ada set karaoke + deco macam khemah pengatin..memang kedai baru, sebab ada frame2 belum gantung lagik..yang silap, aku tak ingat nama kedai tu..tapi macam Retro Cafe la gitu....

Aku order nasi goreng paprik + nasi goreng ayam 2 tak nak pedas + nasi putih ayam halia telur dadar dan air, carrot susu + nescafe ais...dan ada otak2..Nasi goreng ayam aku order tak nak pedas,.dah ayam nyer tulang2 jer..isi tadak, dia buat pedas gak..aku punya nasi paprik pedas gila sampai sedih teresak2 aku makan...suami order nescafe ais, yang sampai milo ais...makan je la, malas nak complain kan..kang tunggu lagik 1/2 jam..

Masa nak bayar, otak2 6ketul = RM6, nasi + air = RM27.90..bagi aku mahal sebab, rata2 kat area Klang ni otak2 paling mahal pun RM0.70 seketul...ni dah sampai singgit satu...makanannya pun aku kira mahal la, tp tak la terlampau...first and last la aku g kedai tu..


Muka anak2 je la yer..


Sunnguh hover ini anak dara...

Kes 2

Semalam aku dah terima hadiah dari Pizza Hut, RM50 voucher. Dan kebetulan ayah aku ada kat Klang, so belanja la dia makan..ayah aku siap cakap tak nak makan pizza, sebab tak reti..jadi aku orderkan nasi...



Terkejut dia tengok pinggan kemain besor, nasi sikit, rege RM9.20...
Tak kenyang ayah aku makan, suh makan pizza tak reti katanya...



Close up sikit..ada la 3 ekor udang..



Anak dara tu ingat pizza tu kek..
Siap nyanyi happy birthday to you lagik...


Ayah aku tanya bil berapa, aku bilang la RM64.00..terkejut sekali lagi ayah aku...makan macam tu jer sampai RM64..Pastu ayah aku siap cakap kalau kat kedai tom yam dapat makan ikan siakap 2 ekor lagik..Takper la abah..kan free RM50.00...tambah RM14.00 jer...itu ayah aku yang cakap mahal...bagi aku biasa la kalau fast food ni kan...tax la, service charge la...*mahal gak*

Kes 3

Lepas balik makan pizza, aku singgah la kedai runcit "Aceh" nak beli ikan untuk masak bekal esok...usha2 ikan, amik la selar 6 ekor..aku budget dalam RM10.00 la sekilo..walaupun tau kat kedai runcit "Aceh" ni mahal, tp terpaksa gak beli sebab dah dekat pukul 11.00 malam kan..

Sekali dia timbang, RM13.50sekilo...mak aiii...mahal nyer..aku siap tanya 2x, ikan ni sekilo RM13.50 ker? Orang kedai tu jawab ikan pelaling RM8.00, ikan selar RM13.50..aku tau la mane ikan aku amik...Bayar gak la, RM8.50 untuk 6 ekor ikan selar...diskaun 20 sen sebab aku cakap mahalnya..*kedai runcit aceh selalu memang mahal2*

Gambar ikan mahal tu takdenyer aku nak amik gambar..dah siap masuk perut dah..

p/s : Zaman sekarang semuanya mahal dan memang semua pakai duit. Barang murah ada, tp kualiti tak setanding...tp nak dibandingkan dengan gaji yang naik takat RM50.00 setahun dengan barang2 keperluan yang naik sikit tp perlu tiap2 bulan..memang tak cukup makan kot..tak pun nak masak beras pun kena catu...

p/s 2: layan je la gambar yang gelap gelita dan kuning lampu kedai tu..tahap malas giler nak edit...

No comments:

Post a Comment