Tuesday, 30 April 2013

~ Masak-Masak | Kerabu Pucuk Paku ~

Assalamualaikum w.b.t..

Entry kali ni nak kongsi resepi buat kerabu pucuk paku..aku tak tau nak cakap style apa, tp yang aku pasti kerabu ni style nenek aku...hak hak...

Meh aku listkan senarai bahan-bahan yang diperlukan.

1. Opkos pucuk paku 2 ikat, ala baru 2hinggit kan...
2. Kelapa barut parut dalam sebiji la...
3. Bawang merah hak besaq 2 biji, bawang holand tak boleh na..
4. Cili api sikit, cili besaq hijau + merah..kalau nak pedas giler, pakai cili api jer..
5. Belacan sebesar penumbuk ibu jari tangan...
6. Asam banjar jawa..jawa gak glamer kan...amiklah dalam 2 cubit...
7. Garam secukup rasa.


Ni step2 nak buat..memang kacang la..eh, memang kerabu la..



Aku rebus air, dah mendidih aku tutup api dan masukkan pucuk paku..
Kira celur air panas la..



Goreng / Sangai kelapa parut tadi sampai la warna dia bertukar..
Bertukar kekuning-kuningan...
Ala macam nak buat kerisik tu..



Lepas tu tumbuk la kelapa tadi sampai keluar minyak sikit2..
Ni action jer, agak2 lenguh tangan aku blend jer...
Cepat sikit nak makannya...



Bahan-bahan ni pun sepatutnya kena tumbuk..
Memandangkan malas tahap gaban,
Aku blender jer, tp jangan halus sangat...



Pastu, campurkan bahan berikut...
Gaul bagi semua bahan bergaul mesra...
Eh, terlupa si asam jawa dan garam...
Gaul la sekali bagi mesra..



Last sekali, gaulkan bahan yang telah bergaul mesra dengan pucuk paku tadi...
Memang mesra sungguh benda alah ni...

Senangkan cara buat dia...
Ratah je kerabu ni, lagi sedap...

Sekian, selamat mencuba...
#Bajetchefplak#





2 comments: