Friday, 17 May 2013

~ Lea Disahkan Asthma | Start Guna Inhaler ~



Assalamualaikum w.b.t....

Salam Jumaat, penghulu hari...

Isnin lepas, aku, inche suami dan Lea pergi hospital sebab Lea ada appointment jumpa doktor pakar...Sebab Lea dah selalu amik neb kat emergency, jadi doktor suruh start pakai inhaler...

Kalau ikutkan hati mak yang degil, memang tak nak bagi dia pakai inhaler...sebab kesian sangat dengan Lea, umur baru 4 tahun tapi  macam2 benda dah berlaku kat dia...kecik2 dan masuk NICU, kena jaundice sampai 2x, eczema dan sekarang asthma...

Kalau boleh biar mak dia jer tanggung semua..tp mesti ada hikmah + sebab benda ni berlaku kat anak bukan emak..#emak pun sakit, tp degil#.

Lepas doktor tanya bagai, doktor memang suggest pakai inhaler kat rumah...sebab waktu biasa macam tu pun nafas Lea berbunyi, tp sikit la...untuk kebaikan Lea, aku terima juga cadangan doktor..tp sebab budak tak berapa pandai pakai inhaler tu, kena beli satu benda mcm corong..AeroChamber namanya...ingatkan hospital bagi..rupanya kena beli..waduh2..RM75 plak tu..duit ada lebih kurang RM50 jer...itu kalau beli kat hospital, kalau kat farmasi luar mau dekat RM100..


AeroChamber MAX
Inila Aerochambernya...
Ihsan google...

Tapi disebabkan duit tak cukup, aku tak beli dulu..nt tunggu gaji..dgn harapan jgn la Lea kena asthma masa terdekat ni..ada jugak aku bagi Lea minum campuran madu+halia+lemon..kira macam alternatif punya rawatan..selain tu lepas mandi atau nak tido aku sapu minyak telon atau Vicks.

Sekali semalam pagi Lea dah start batuk2 kecil...bila malam dah kerap batuk..ini mesti nak jadi dah ni..aku dah risau...antar juga kat pengasuh..akak yang jaga tu kata Lea batuk2 pastu macam semput...nak tak nak petang tu balik keje aku pam juga la inhaler tu kat dia..jenuh la ngajar dia tahan nafas..tp biasala budakkan...Harap2 jgn la tambah teruk lagi..pagi ni aku pam sekali je sebab Lea tak nak...sepatutnya bila jadi, kena pam 2 kali...

Tengok keadaan dia petang ni mcm mane, kalau tak ok aku pergi bawak klinik jugak...amik neb terus...Doktor bagi dua jenis ubat, satu untuk pelega, satu untuk pencegah...Untuk pelega, pam bila perlu, untuk pencegah kena pakai hari2..yang pencegah tu la tak sanggup nak bagi..dah hari2 kan, for sure Lea pun tak nak...

Ada gak aku carik kat internet cara2 nak rawat asthma tanpa ubat-ubatan..rawatan alternatif...
Nanti aku dah translate ke bahasa melayu aku share..itupun kalau rajin, kalau malas hadap la english version...


Ini gambar bulan 4 hari tu...
Walupun semput, dada berombak, aktif tetap macam biasa...
Budak2 disuruh rehat? Manalah nak kan..


P/s : Harap-harap asthma yang menyerang Lea ni tak berterusan sampai besar...semoga cepat sihat anak mak ni....


No comments:

Post a Comment

Peraduan Aiken CNY @ Guardian / Nationwide

 Assalamualaikum wbt..  Jom check another contest gaisss! Peraduan Aiken CNY @ Guardian Aiken CNY @ Guardian Contest Retailer : Guardian Con...