Thursday, 16 May 2013

~ Nukilan Buat Guru ~


Guru...
Semua manusia di dunia adalah guru...
Beza cuma rasmi atau tak rasmi...
Sengaja atau dengan tak sengaja...
Perasan atau tak perasan...

Guru...
Lahir ke dunia, ibu dan ayah adalah guru pertama...
Mengajar mencari apa itu kehidupan...
Menginjak 6 tahun, cikgu tadika menjadi guru kedua...
Mengajar dan mengenal...
Memasuki umur 7 tahun, cikgu di sekolah rendah menyambung tugas...
Mengajar, mengenal dan memahami hingga usia baligh...

Guru,
Di usia remaja, cikgu di sekolah menengah mengambil alih...
Masih mengajar dan mengajar hingga memahami...
Di usia teruna dan dara, pensyarah pula mengambil baton,
Masih mengajar dan terus mengajar...
Hingga satu hari nanti semua berjaya dalam pendidikan dan kehidupan...

Guru,
Dikala menerima surat tawaran, tugas beralih kepada ketua...
Mula mengajar itu dan ini...
Dikala bersanding di pelamin, kita pula bakal menjadi guru...
Guru pada pasangan dan bakal anak-anak...
Dikala kekeliruan, seorang rakan membantu dengan jawapan...
Menjadi guru melalui pengalaman...

Guru,
Memang besar pengorbanan mereka...
Dari satu cawan kosong, kini sudah berisi...
Ada suku, separuh atau hampir penuh...
Semuanya berkat mengajar dari guru...
Yang tak jemu-jemu untuk mengajar...

Selamat Hari Guru buat warga pendidik...
Guru Tadika Kemas Tali Air 7, Sungai Leman, Sekinchan,
Guru Sekolah Kebangsaan Sungai Leman, Sekinchan,
Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun, Tanjong Karang,
Pensyarah UiTM, Manjung dan Seri Iskandar, Perak

Selamat Hari Guru buat semua...
Ibu dan ayah serta keluarga,
Suami dan anak-anak,
Serta rakan-rakan yang ada dimana-mana...

Kita adalah guru kepada diri sendiri...


No comments:

Post a Comment