Friday, 31 May 2013

~ Masak-Masak | Kacang Kelo ~

Assalamualaikum w.b.t....

Tengah sedap kunyah gula-gula hijau perasa mint ni..jd, hari ni aku tak puasa...maknanya kalau aku cerita pasal resepi masak-memasak aku tak tergoda sikit pun...heh, aku tak kisah..

Meh-meh semua baca resepi simple aku...1st, korang tau ke kacang kelo tu macam mana??? Ada orang panggil kacang ular...aku pun 1st time dengar dan makan kacang kelo ni taun lepas...itupun suami bawak balik...Kacang kelo ni sebenarnya glamour dalam masakan india..tp sebab pokok kacang tu tumbuh kat Malaysia, semua bangsa boleh masak dan makan kan...takde tulis for India only pun....

Selalunya orang masak kari atau masukkan dalam dhal..so terpulang la nak buat macam maner..tumis pun boleh kot...aku pernah gak masak ikan taucu campur kelo...ok jerk..sebab kulit dia keras, jd kena masak lama sikit..lagi satu, cara makan dia pun unik...kulit dia korang tak boleh makan..mau tercekik...yang boleh dimakan adalah isi dia yang macam kacang...takdela pulak gambar cara makan yer kengkawan...



Ni la rupa paras bentuk kacang kelo...
Hasil petikan inche suami kat kilang dia..
Pokok kacang kelo ni tak de la pulak gambar... 




Rupa paras bila dah potong2...
Nak panjang mana pun ikut suka...




Sebab dah selalu sangat masak kari dan dhal, kali ni aku tumis...
Tapi tumis tu pun aku bubuh rempah kari...




Ni kira kari versi kering2, pekat2 sikit..




Inilah hasilnya....
Nak resepi ker? 

Bahan-bahan :-
1. Kacang kelo dalam 4-5 batang..
2. Daun kari..
3. Bawang putih dan bawang merah..
4. Cili api atau cili besar..
5. Rempah kari 3-4 sudu besar...

Cara-caranya :-
1. Tumis bawang putih, bawang merah, daun kari dan cili...
2. Masukkan kelo dan tumis sampai agak lembut...
3. Masukkan rempah kari yang dicampur sedikit air...
4. Biarkan rempah kari pekat dan siap...

p/s : Esok jom OT untuk menambah pendapatan...


No comments:

Post a Comment